Showing posts with label Kaki Wayang. Show all posts
Showing posts with label Kaki Wayang. Show all posts

Friday, January 15, 2010

Komen Selepas Menonton - Adnan Sempit

Share
Pertama skali...tahniah kepada Filem Adnan Sempit kerana memberi nafas baru kepada filem tanah air. Filem yang mampu menarik orang ramai untuk menonton filem melayu di panggung wayang. Filem Adnan Sempit memang mampu untuk membuat anda terus ketawa dengan jalan cerita yang baik dan lakonan hebat dan bersahaja pelakon utamanya iaitu Shaheizy Sam. Filem yang mengisahkan tentang kisah percintaan seorang despatch yang bernama Adnan dengan seorang "Cikaro" @ gadis yang bernama Nadia iaitu yang juga merupakan boss ditempat Adnan bekerja. Pelbagai aksi yang mampu membuat anda tertawa. Sesuai ditonton terutamanya kepada sesiapa yang nak release tension. Sebab jalan cerita yang tak berat, kelakar dan bersahaja.

Thursday, January 14, 2010

Jom Tengok Wayang - Adnan Sempit

Share




Mengisahkan Adnan, seorang mat rempit yang berusia lingkungan 27 tahun. Adnan atau lebih dikenali sebagai Nan Sempit di kalangan rakan-rakannya adalah seorang anak yatim piatu yang dibela serta dijaga oleh makciknya sejak kecil selepas kematian ayahnya. Namun dia berhijrah ke Kuala Lumpur kerana tidak mendapat kasih sayang dan layanan yang baik dari keluarga makciknya. Di ibu kota, Adnan tinggal bersama Macha, abang saudaranya dan menjadi tempat dia meluahkan rasa hati. Dia mula hidup di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai mat despacth di sebuah syarikat swasta dan menyimpan perasaan pada bosnya,Nadia.