Wednesday, January 27, 2010

CELCOM Broadband : Dimanakah Gahnya???

Share
Kenapa aku pilih utk tulis topik nie?

Sebab aku sgt sakit hati & hangin satu badan dengan kualiti perkhidmatan Celcom Broadband. Aku adalah antara pengguna terawal broadband di Malaysia. Pada awalnya selepas Maxis mengumumkan pelancaran perkhidmatan jalur lebar Maxis Broadband kalau x silap tahun 2006 aku terus register satu. Dengan bayaran RM138 sebulan termasuk sewa modem dan 2 tahun kontrak. Masa tu Celcom ade jugak keluarkan broadband ni tp jual modem berasingan dan teramatlah mahal harga modem pada tahun 2006. Cecah ribuan ringgit jugak kalau x silap. Kalau x pun, ade jugak la dalam RM600 - RM800. Jadi gunalah Maxis Broadband yang mahal tp slow tu. Dua tahun hangin dgn Maxis akhirnya tiba lah masa utk bertukar ke penyedia broadband yang lain sbbnye kontrak dengan Maxis dah tamat. Kalau x, dah la bulan-bulan byr mahal, modem pun sewa je pastu nak potong kena bayar denda/penalty pulak. Kalau pulang modem, kabel or CD installer or ape-ape yang kat dalam kotak modem tu hilang, kena bayar ganti rugi lagi. Pandai sungguh diorg ni buat duit. Tp, dengarnya Maxis sekarang dah upgrade servis broadband, makin stabil dan laju & dah xde kontrak-kontrak lagi. Bravo..bravo...
Masa mula-mula pakai CELCOM Broadband ni punye la puas hati. Servis baik, coverage tip top, surfing pantas, download torrent anime/muvi pun sekejap je dah siap. Bukak tab banyak-banyak pun takde hal. Punye la menggunung puji CELCOM sbb sblm ni pakai Maxis Broadband jarang dapat rasa keseronokan dan keriangan berinternet ni. Surfing internet sambil tersenyum keriangan dan hati penuh girang. Sesuai dgn ayat marketing CELCOM Broadband. “Malaysia’s No. 1 Mobile Broadband Provider” Masa tu mmg setuju sangatlah dengan moto Celcom ni.

“Celcom is Malaysia's No.1 mobile broadband provider, and with good reason: we offer you the widest coverage (over 71% of Malaysia's populated areas), and most affordable plans. We also give you the latest, sleekest modems and hardware - and continuously implement network upgrades and enhancements. It's no wonder that our subscriber base is aggressively growing; don't miss out on joining Malaysia's largest and absolute best Mobile Broadband community.” .....dipetik dari http://www.celcom.com.my/broadband/html/index.html

Tapi semua tu hanya kebahagiaan sementara..Ku sangka panas hingga ke petang rupa-rupanya hujan di tengah hari..hari-hari bahagia sekejap cuma dan telah berlalu..kini tiada lagi senyuman keriangan ketika menggunakan perkhidmatan CELCOM Broadband sebaliknya hanya sumpah seranah, tekanan dan derita yang melanda jiwa hingga ke hari ini..Mcm lagu Erra Fazira yang aku tgh dengar smbl tulis topik ni, “Yang Terindah Hanya Sementara”..cam tau2 je laptop aku ni pilih lagu..huhuhu..sambung balik, mmm…skrg ni aku amatlah kecewa, tak puas hati, merasa tertipu dan berasa kerugian dengan pelaburan aku sebanyak RM68 sebulan untuk melayari internet bersama CELCOM Broadband. Aku menjalankan perniagaan secara online di internet selain aktiviti penjanaan wang di internet yang lain memang amat perlukan perkhidmatan internet yang stabil dan lancar. Tetapi, kini CELCOM Broadband terlalu perlahan, lembab macam siput sedut, line tak stabil (sentiasa berubah-ubah antara GPRS-UMTS-3G-HSDPA, bila setting 3G only konflik pulak antara 3G dgn HSDPA)..kadang-kadang nak bukak Utusan Online pun kena dua tiga kali refresh. Tengah sedap-sedap surfing walaupun tak laju mana pun tiba-tiba lampu kat modem berkelip2 dah macam lampu Ultraman pulak..Apakah yang akan terjadi bila lampu kelip-kelip?? Bila berkelip tandanya aku dengan pasrahnya kena berhenti surfing. Disconnet dan connet kembali. Lampu berkelip tu berpunca akibat konflik di antara 3G dan HSDPA. Bila konflik ni berlaku, internet akan reset dimana upload = 0kbps, download = 0kbps ataupun upload ade, tp download = 0. Pergi tak kembali. Pergi menarik bandwidth tp kembali dgn tangan kosong..Kalau masa tu tgh download ape2 kat internet, download akan stop & kena download balik. Kalau tgh upload something to website, upload attachment kat email dan sebagainya jawabnya kena upload balik. Untuk solve problem dan kembali surfing kena disconnect dan connect balik. Dalam masa sehari guna internet entah berapa banyak kali kena disconnet-connect-disconnet-connect ntah la..ape yg pasti dalam sehari terlalu banyak masa terbuang untuk layan kerenah CELCOM Broadband yang tak stabil begitu. Kalau tak buat camtu jawabnye berhenti surfing, tutup laptop then tengok tv or baca paper je la. Begitu lah keadaannya sejak 4 bulan yang lalu. Aku ade call CELCOM utk tanye tentang masalah ni & kiranya buat aduan skali la, dan jawapan yang di berikan “mungkin kat area Seri Kembangan dah terlalu ramai orang pakai CELCOM broadband, sebab tu internet jadi slow. Traffic jammed sbb terlalu ramai org surf internet dlm satu masa”..itu jawapan yang saya dapat 4 bln lalu. Mungkin kalau peak hour boleh jugak la diterima pakai jawapan drpd CELCOM ni, tp kalau dah pkl 3 pagi pun sama jugak keadaannya rasanya jawapan tu dah tak rasional & relevan lagi kan???







Tengok gamabr kat atas dan tgk video yg menunjukkan tahap kebengongan Celcom Broadband yg membuatkan aku hangin satu badan. Gambar & video tu menunjukkan di saat berlakunya konflik antara 3G dan HSDPA. Masa ini lah lampu modem berkelip-kelip tanda konflik berlaku. Masa ni, hanya ada satu jalan. Click "disconnect" then "connect kembali. Kalau tak boleh surfing juga,k disconnect lagi then connect balik sampai la boleh surfing. Kadang-kadang tu, lepas banyak kali menjalankan usaha disconnect-connect ni baru boleh surfing.


Oleh sebab kita sebagai pengguna yang nak tak nak hujung bulan kena byr bil. Kalau x bayar, dah la servis teruk & rasa tak berbaloi nak bayar, CELCOM dengan kuasa diktatornya akan memotong penggunaan internet sehinggalah bil dijelaskan. Tapi, sampai arini CELCOM x upgrade lagi servis dan mengambil apa-apa tindakan untuk mengatasi masalah ini. Rasanya dari sehari ke sehari dah makin teruk dah ni. Pastinya bukan aku sorang je yg mengalami mslh ni kan?,pastinya banyak tempat lain yang mengalami masalah sama. Aku cakap gitu sbb aku adalah salah seorang ejen CELCOM...hahaha. Ejen prepaid, postpaid, broadband dan ape-ape je lagi produk CELCOM. Sebelum nie ade ramai klien yang register CELCOM Broadband dgn aku. Masa diorg nak register CELCOM Broadbband ni, dengan tip top, penuh keyakinan, bersemangat dan berbuihnye aku memuji CELCOM Broadbband. CELCOM Broadbband bagus, CELCOM Broadbband laju, coverage luas, CELCOM Broadbband stabil dan sebagainya sehinggalah ramai yang register. Begitu hebatnye aku menyanyi mengalunkan lagu merdu memuji CELCOM Broadband ni..Tp, sekarang ni ramai klien yang call aku merungut pasal servis CELCOM Broadband ni. Kebanyakkannya menghadapi masalah yang sama dan sebagai solution kepada masalah ini, aku akan suggest kat diorg untuk register STREAMYX pulak. Hua hua hua…nasib baik aku ni pun ejen STREAMYX jugak. Ade hikmah jugak servis CELCOM x bagus ni. Dapat makan dua kali komisyen..satu ngan Celcom,pastu ngan Streamyx lak...Huhuhu…jahat2..alamak terlebeh sudah,mm..kepada sesiapa yang menghadapi masalah yang sama, korang boleh komen disini..kumpul komen banyak2 kat sini then email topik ni kepada CELCOM, maybe lepas tu diorg baru akan celik mata dan berusaha untuk solve problem ni.

".....Kepada pihak CELCOM, ukirkanlah kembali senyuman dibibir & keriangan dihati kami ketika menggunakan perkhidmatanmu, bukan kami menggunakan perkhidmatanmu dengan hati yang terbakar dan penuh sumpah seranah dan tekanan..."


IKLAN 1 : Sesiapa yang area rumah or membe2 puji CELCOM bagus , CELCOM best..kat area korang, korang boleh register dgn aku. Bukan semua tempat & semua orang yang hadapi masalah begini (hope so). Slps ni aku akan bukak topik tentang produk-produk CELCOM, promosi terkini, syarat-syarat dan kos-kos yang anda perlu tanggung untuk register dengan CELCOM. Begitu juga dengan STREAMYX, aku akan bukak topik berkenaan streamyx. Kepada sesiapa yang berminat nak bertukar kepada STREAMYX atau baru nak register STREAMYX…boleh jugak hubungi aku. Aku akan dtg ke tempat korang. Lembah Klang aje la. Untuk yg jauh tu, kalau rasa nak menggunakan khidmat aku. Hubungi jugak , aku akan pos borang, browser dan free gift kepada korang. Mm…sape2 yang register ngan aku sure akan dpt free gift. Hehehe…so,tunggu apa lg. Hubungilah ejen anda iaitu "En. Fizwan" sekarang. Bagi yang kecewa,makan hati dan terguris dgn perkhidmatan CELCOM Broadband pada hari ini, sila beri komen anda disini ye. Lps dah banyak komen, aku akan emailkan topik ini kepada pihak CELCOM.

Untuk Membaca Lain-Lain Topik Di Blog Ini, Sila Klik Link Di Bawah:

The Scribble Of My Life : Topic's Directory

9 comments:

Anonymous said...

Ya dulu aku pun sama pakai Celcom BB ni, asyik termenung punyalah slow, tambah lagi dgn 5GB limit die. Tapi skrg aku ada software yg boleh reset balik full speed Celcom Broadband lepas limit tu. Software ni aku dpt dari seorang Cina tau. Aku pakai 384kbps package, skrg tiap2 hari aku download 1.5GB dgn menggunakan software tu. Dah setahun lebih aku pakai tiap2 hari full speed babe. Kalau nak tau lebih, email kat die switch2unlimited@yahoo.com.my

Anonymous said...

uuhh..serik pakai broadband. dulu pkai broadband maxis, siap byr balik RM 200 sbb nk terminate sgt nye psl. Teruk. Bukak internet through henphon lagi laju kot compare ngan bb yg signalnye cam biskut tu..pengajaran, use streamyx je rite!

afayufu said...

saya pernah pinjam kwn punye le.. tp memang lembap.. slow.. rasa sakit je hati.. ingat nk try dulu b4 beli .. tp tak jadi le.. sila perbaiki.. tqvm

Apis said...

Aku nie slalu berpindah randah antara Bandar Tun Razak Cheras dan First Garden Ipoh. Mak, Anak,dan isteri aku duk kat Cheras dan aku kerja kat ipoh. kira weekend bru balik KL. aku pengguna celcom setia. drp hp line sampai ker broadband. kat ipoh ok laju. kat cheras cam cilaka, kelajuaannya sama cam kura-kura terseliuh kaki. fedup aku, Kat KL aku guna Steamyx plak. mula2 cam sial gak tapi 1 hari 5 kali aku call TM buat komplin sampai diorang tension so diorang setting balik kat switch diorng pastu ok laa laju gak laa. Adik aku setiap mlm layan youtube lagu korea. Aku still guna lagi celcom broadband utk kegunaaan kat ipoh atau g tpt lain. dalam sebulan dua nie aku hadapi masalah yg sama ngan tuan punye blog nie. rasa cam nak rendam jer broadband aku dlm akurium kat umah. Lambat bayar diorng bar. tapi servise cam sialo. aku bayar pakai gaji aku bukan pakai gaji ceo celcom. biawak org celcom nie!!!!

pian said...

aq pown pakai gak celcom broadband nie..mse aq pkai kt kuala nerang ok la gak speed dye ad liputan 3G/HSDPA siap leh bkk youtube ke pe ke ble aq dtg alek KL slow giler dpt 30kbps je pagi ngan petang sama jew..ingt nk amek yg lain xpi mlz la ikhtiar dlu cmne nk bgi laju smpai pkai usb pnjang2 gantung kt tingkar xpi xleh blah gak speed dye...last2 aq sng cte gabungkn kpda 2connection je abes cte laju teros...1st DIAL-UP and VPN 2nd MOBILE BROADBAND CONNECTION..connect skali 2 laju tros boleh tahan gak speed cecah 400kbps 3G network..!!!!!!cpe yg pkai windows 7 bole la wt cm aq ckp ni...

dolah said...

punya lah bangang celcom berukband ni.. nyesal aku bayar..skrg kita minta pengguna celcom berukband ni boikot perkhidmatan dia..klu tidak sampai bila2 masalah ni mereka tidak atasi..masalah serupa...

Asyique said...

aku org jb..aku pn pgguna bb celcom ni..ak kat jb tak de masalah pon dngn bb celcom ni..line lancar..tak de masalh.bile ak da 3 mnggu kat Kl ni..
asal lembab² sngt²..asek dscnnect lak tuh..bukan kalo kt kl lebay laju ke??pelik. (-_-;) ..da rase kerugian dah ni..Potong jgn x potong..

najihah sahami said...

hahaha..mmg mantap pon entry ni. satu2 wan bongkar sal celcom ni. haha

Anonymous said...

komplain tak gune punya...

Dah nama dia monopoly, Kita undi dia orang keluar je.