Tuesday, June 21, 2011

Panduan & Teknik Bermula Dan Berjaya Di Dalam Perniagaan Online

Share

Pelancaran ebook kedua yang bertajuk " Panduan & Teknik Lengkap Bermula dan Berjaya Di Dalam Perniagaan Online". Sebuah ebook yang ditulis berdasarkan pengalaman selama 4 tahun di dalam dunia perniagaan online dan juga daripada pembelajaran yang tidak pernah tamat. Satu perkongsian ILMU yang mesti dimiliki.

Penulis telah memulakan perniagaan online menjual pakaian wanita dan aksesori sejak dari awal tahun 2007 lagi atas nama Ixorabalqish Collections (http://www.ixorabalqish.com/store).  Pada hari ini, penulis telah sebuah lagi kedai online yang dibuka hasil kerjasama dengan Neves Pretty Ugly (popular dengan lagu "Diari Seorang Lelaki". Kedua-dua buah kedai online ini berjalan serentak 365 hari setahun, 24 jam sehari tanpa cuti. Penulis juga mempunyai lebih daripada 20 orang agen jualan di seluruh Malaysia. Pendapatan perniagaan mencecah ribuan ringgit dan pelanggan website kedai online penulis datang dari segenap pelusuk negara juga dari negara Brunei dan Singapura. Penulis juga mendapat jemputan untuk ditemuduga oleh wartawan surat khabar dan juga mendapat tawaran dari RTM1 untuk menaja baju kebaya nyonya untuk digayakan oleh pengacara di dalam rancangan "Apa Kata Wanita". Berdasarkan pengalaman selama empat tahun bergelumang di dalam dunia perniagaan online ini, penulis menulis ebook ini untuk dikongsikan dengan sahabat-sahabat semua agar kita semua dapat sama-sama berjaya di dalam perniagaan online yang tiada penghujung dan batasan waktunya ini. Satu pengkongsian ILMU yang mesti dan sangat berbaloi untuk anda MILIKI.

Siapa yang patut miliki ebook ini?

1. Mereka yang baru ingin bermula membuka sebuah perniagaan online (pengkhususan di dalam menjual pakaian wanita, tudung dan aksesori).
2. Mereka yang sudah mempunyai perniagaan online
3. Mereka yang ingin belajar tentang TEKNIK SEO, PEMASARAN DAN PENGIKLANAN BERKESAN.
4. Mereka yang telah mempunyai kedai online, tetapi dalam sebuah hanya sehelai dua je produk yang terjual dan pelawat pun tak berapa nak ramai
5. Mereka yang mempunyai keinginan untuk menjadi seorang USAHAWAN PERNIAGAAN ONLINE yang berjaya. 
6. Mereka yang berminat untuk mempunyai perniagaan online tetapi tidak mempunyai modal. Dengan membeli buku ini, anda layak untuk menjadi agen droship kedai online penulis.

Tuesday, November 23, 2010

Special Entry : Kenangan Zaman Kanak-Kanak - Polis Angkasa Gaban

Share
Malam nie rasanya macam nak mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dulu. Bagi sape-2 yang membesar pada zaman 90-an pastinya kalau sebut je cite Gaban, Suria Perkasa Hitam, Maero Attact, Flash Man, Mask Man, Ultraman & Power Rangers pastinya akan membangkitkan kenangan yang tak dapat dilupakan. Cite-cite yang banyak mempengaruhi kehidupan seharian masa kecik-kecik...balik sekolah terus pegi mengaji sbb takut x sempat balik cite dah start..satu kerugian yg amat sgt,gi sekolah mmg topik hangat la...hehehe,mmm...sedikit sinopsis tentang cite gaban ni.. sy pun x sure nape la leh addicted sgt ngan cite gaban & cite-cite seangkatan dengannya sbb bila tgk balik skrg ni,ntah ape la yg bestnye..huhuhu

Gaban berasal dari planet Star Bart, manakala ibunya adalah org planet bumi. Gaban pergi ke bumi untuk menyelamatkan bumi daripada penjahat alam semesta iaitu Marco. Pembantu Gaban bernama Mimi iaitu anak presiden planet Star Bart yang menyusup masuk ke dalam kapal angkasa Gaban ketika Gaban bertolak ke Bumi. Mimi ni kelebihannya dia boleh jadi burung, burung nuri kaler hijau kalau x silap...hehehe,kapal angkasa gaban yang juga membawa sebuah lagi kapal angkasa kecil yang boleh bertukar menjadi robot naga yg nama penuhnye Electronic Beast Torukini atau nama manjanye "Toru"...manakala motor + kereta  = motokar Gaban bernama Sabarian,selalu jugak Gaban guna motorkar Sabarian ni sbb dia boleh bergaya naik motokar nie sambil berdiri & berposing maut. Kalau x caye tgk gambar kat bawah ni, bukan main macho dia posing kat atas motokar Sabarian dia tu..


Saturday, November 13, 2010

Renungan : Permata Yang Di Cari

Share
Sedang mencari-cari lagu2 & video klip terbaru di You Tube, terjumpalah akan lagu ini..tak tau lagu ni lagu tahun bila tp liriknya cukup indah dan amat bersesuaian sekali. "Permata Yang Dicari".. dapatkah kutemui permata itu yg sehingga ke saat ini masih belum kutemui? Persoalan pada diri sendiri...sama-sama kita dengar & hayati lirik lagu ini k..antara lirik yg terkandung : 

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki



Lirik lagu Permata Yang Di Cari nyanyian Dehearty

Monday, July 26, 2010

Koleksi Terbaru Di Ixora Balqish Collections

Share
Berikut adalah koleksi-koleksi terbaru di busana online saya iaitu Ixora Balqish Collections. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang koleksi-koleksi ini, jemput lawat busana online saya di http://www.ixorabalqish.com/

KOREAN COLLECTIONS
(Klik Pada Gambar Untuk Tempahan/Details/Lain-lain View)





Wednesday, April 28, 2010

CELCOM Broadband : SUCK!!!

Share
Pastinya anda sudah membaca post saya sebelum ni yang bertajuk CELCOM Broadband : Dimanakah Gahnya kan? Hari ni saya masih di dalam kekecewaan dan marah dengan CELCOM. Seharian tidak boleh surf internet. Pernahkah anda mendapat banner sebegini apabila anda ingin surf internet menggunakan Firefox atau Internet Explorer? Banner tanda kasih sayang Celcom kepada para pelanggan yang setia. Huhuhu.

Klik gambar untuk besarkan