Friday, October 2, 2009

Misteri dan Hebatnya Makna Cinta

Share
Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama. Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan.


Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain. Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu. Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular.


Sebab apa?


Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik,ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam. Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan.

Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam. Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini.

Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa.


Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah
terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu
menarik. Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara. Jika anda belum mendapat teman, bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda.


Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran
setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana.
Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu
iman yang teguh, kukuh dan padu.


Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan
TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani.Siapa anda, anda sendiri yang menentukan. Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu. Itu saja yang membezakan.


Andai hidup punca perpisahan,
biarlah mati menyambungnya semula.
Namun seandainya mati punca perpisahan,
biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.






Anda juga mungkin berminat dengan topik-topik berikut:

Kenapa Allah Wujudkan Keperitan dan Penderitaan?
Jawapan Di Sebalik Penampar
Cahaya Ayat Kursi
Adakah Ada Orang Yang Akan Mendoakan Kita?
Solat Subuh Di Masjid
Keagungan Tuhan
Bersyukurlah Kerana Anda Seorang Wanita
Semoga Jadi Iktibar
Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Degil
Kisah Penuh Pedoman
76 Petua Ilmiah Menawan Hati Wanita - Part 1
76 Petua Ilmiah Menawan Hati Wanita - Part 2
Cinta dan Perkahwinan
Senarai Kebaikan dan Keburukan
Bersyukurlah Kerana Anda Seorang Wanita
Erti Sebuah Persahabatan
Love Does Need A Reason
Misteri Dan Hebatnya Makna Cinta
Most Important Part Of The Body
Check Your Love Attitude
Fakta-Fakta Menarik
What Sort Of Bird Are You?
How To Ask Your Boss For A Salary Increase?
Kenapa Aku Pecat Secretaryku?
Komen Selepas Menonton Adnan Sempit
Punca Stereng Kereta Menjadi Berat
Cara Mencuci Badan dan Enjin Kereta Dengan Betul
Punca Penggunaan Minyak Petrol Bertambah

No comments: