Thursday, January 21, 2010

76 Petua Ilmiah Menawan Hati Wanita - Part 2

Share
...........Sambungan dari 76 Petua Ilmiah Menawan Hati Wanita - Part 1


Berikut adalah petua-petua yang dikemukakan oleh para bijak pandai yang mengkaji mengenai kesukaan wanita yang sentiasa mahu diberi perhatian . Insya'Allah ia dapat membantu bagi memenangi hati kekasih anda. Tapi mesti diingat ianya khas buat suami isteri.



21. Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.


22. Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.


23. Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.


24. Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya'. Jika tidak berkesempatan, himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.


25. Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan 'Aku cinta padamu'.


26. Katakan 'Aku cinta padamu' sekurang-kurangnya sekali sehari.


27. Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.


28. Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.


29. Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong itu.


30. Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.


31. Basuhkan kereta yang dipakainya.


32. Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima' jika itu yang dia suka.


33. Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.


34. Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang, tengkuk dan kakinya.


35. Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima'.


36. Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.


37. Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.


38. Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.


39. Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.


40. Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.


41. Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.


42. Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.


43. Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.


44. Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.


45. Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.


46. Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.


47. Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit emudiannya.


48. Ambillah gambarya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.


49. Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.


50. Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarnya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.




Part 3 akan menyusul..... :-D
Sambil-sambil tu, jemput lawat online store sy di:
http://www.ixorabalqish.com/




Anda juga mungkin berminat dengan artikel berikut:


76 Petua Ilmiah Menawan Hati Wanita - Part 1
Cinta dan Perkahwinan
Senarai Kebaikan dan Keburukan
Erti Sebuah Persahabatan
Love Does Need A Reason
Misteri Dan Hebatnya Makna Cinta
Most Important Part Of The Body
Check Your Love Attitude
Fakta-Fakta Menarik
What Sort Of Bird Are You?
How To Ask Your Boss For A Salary Increase?
Kenapa Aku Pecat Secretaryku?

No comments: