Thursday, January 28, 2010

Menyanggah " Hang Tuah Berbangsa Cina"

Share
Menyanggah "Hang Tuah Berbangsa Cina"
Oleh Azman Nor

Artikel ini bagi menjawab artikel yang bertajuk : "Hang Tuah Berbangsa Cina"

Saya tidak berapa setuju dengan hipothesis yang dibuat oleh Sdr. Shahabudeen dalam artikelnya Hang Tuah Berbangsa Cina. Perlu diingat bahawa Hikayat Hang Tuah yang dirujuk hanyalah buku cerita bukannnya buku sejarah.

Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang juga bayak mengandungi cerita dongeng seperti asal usul orang kerajaan Melayu yang berasal daripada kayangan, orang bunian, dikaitkan dengan Iskandar Zulkarnain dan lain-lain lagi. Teks sejarah perlu dikaji dengan kritikan hermeneutics dan pendekatan kajian sanad seperti pengajian hadith barulah lebih kuat untuk buat andaian.

Fakta sejarah kewujudan kerajaan Jawa, memang ada dan disebut oleh pengembara-pengembara Arab seperti Ibn Batuta. Tak dinafikan juga keagungan Melayu Melaka dengan kaitan kedatangan agama Islam, pedagang-pedagang India, Cina dan lain-lain lagi.

Tapi mengenai kepahlawanan Hang Tuah bagi saya adalah rekaan cerita dongeng seperti cerita Mak Yong dan wayang kulit yang diwarisi turun temurun bersama sedikit tokok tambah seperti adanya keris sakti Taming Sari yang menjadi buruan mereka yang mempelajari ilmu silat. Ada juga yang berkata bahawa Hang Tuah ghaib, ada pula yang kata dia pergi Mekah, mati di sana, yang mana ada sedikit modifikasi diselitkan unsur-unsur Islam supaya nampak Islamik. Sedangkan orang yang bernama Hang Tuah mungkin tidak pernah wujud, kalau wujud pun tak tahu nama sebenar, dan kiranya itu namanya pun, belum pasti sama ada dia Islam atau tidak, samalah juga watak Pak Kadok, Lebai Malang, Pak Pandir dan lain-lain lagi, yang hanyalah komedi dan hiburan rakyat kebanyakan sebelum munculnya filem-filem Bolywood dan filem Melayu P. Ramlee. Cerita Hang Tuah ada sedikit adegan lasak dan mencabar, cerita Pak Pandir - cerita lucu yang cukup diminati orang Melayu, bukannya kepahlawanan Rasulullah, cerita para sahabat - yang sepatutnya menjadi bahan kajian dan tauladan.

Hipothesis yang lebih sesuai ialah:

1. Hang Tuah adalah cerita dongeng rakyat Melayu.

2. Orang Melayu mudah percaya kepada perkara dongeng, kalau tidak percaya pun seronok dengar penipuan yang memang mereka pun tahu yang si pencerita itu berbohong, seperti tikam tak lut kerana memegang keris Taming Sari.

3. Cerita rakyat semakin hilang pengaruh dengan kedatangan sastera asing seperti sastera Inggeris dan bertambah majunya media cetak dan elektronik sebagai alternatif kepada hiburan.

4. Dunia hiburan adalah tumpuan keseronokan yang menyebabkan kita mundur, tak maju dan ditipu oleh orang lain yang berkepentingan dari dulu, kini dan bila-bila. contoh lain ialah Mahsuri yang telah menyumpah Lankawi tujuh keturunan. sebenarnya nak cari duit untuk menarik pelancong, sedangkan tak tahu betul ke tidak cerita tersebut.

5. Walaupun sudah memeluk Islam, masih ada orang Melayu yang kurang pendidikan Islam mempercayai perkara-perkara khurafat seperti Hang Tuah masih hidup, dan berusaha bertapa dengan tujuan nakbertemu dengan Hang Tuah, dan lain-lain lagi.

6. Dengan wujudnya pondok-pondok / madrasah belajar kitab masyarakat semakin memahami Islam dan tak berapa berminat nak dengar cerita Hang Tuah, kalau dengar pun ada yang cuba mengkritik.


Untuk Membaca Topik-Topik Lain Di Blog Ini, Sila Klik Link Di Bawah:

The Scribble Of My Life : Topic's Directory

No comments: