Showing posts with label Did You Know?. Show all posts
Showing posts with label Did You Know?. Show all posts

Wednesday, March 24, 2010

WARNING - 9 Words Women Used

Share

Very Interesting..Every Man Should Alert.
The meaning of women secret word... hehehe
Enjoy & Keep Smiling.. Live, Life, Laugh

Nine Words Women Used...



1.) Fine : This is the word women use to end an argument when they are right and you need to shut up.


2.) Five Minutes : If she is getting dressed, this means a half an hour. Five minutes is only five minutes if you have just been given five more minutes to watch the game before helping around the house.

Friday, March 19, 2010

Jgn Makan MENTOS Sambil Minum COKE

Share
Seorang budak lelaki di Brazil mati selepas makan MENTOS sambil minum Coca-Cola (COKE)/PEPSI. Setahun sebelum ini pun seorang budak kat Brazil juga mati sbb makan MENTOS dengan COKE . Tak tau kenapa dua-dua jadi kat Brazil. Tp, kat Malaysia pun ade jual Mentos, Polo, Coke & Pepsi. Dan ramai yang x ambik kisah makan MENTOS dgn COKE.

Tp, untuk langkah berjaga-jaga...elakkan daripada makan MENTOS smbl minum COKE. Minum la Ice Lemon Tea ke, air soya k
e, air cendol ke, air suam or ape2 je la..tp,jgn dengan Coke or Pepsi. Ade student yang buat kajian bila letak MENTOS kat dlm botol COKE. Tengok ape jadi kat bawak. Maybe, mcm tu jugak kat dlm perut kita bila makan MENTOS sambil minum COKE kot. Tu yang boleh sebabkan kematian. So,elak2kan la k. Sape2 yang rajin nak try buat cam kat dlm gambar kat bawah nie, boleh la try k. Lepas try jemput komen kat bawah ye.

Wednesday, March 17, 2010

Rahsia Tarikh Lahir Pasangan Anda

Share


Mm..ape tarikh lahir pasangan korang? Or tarikh lahir korang sendiri? Personaliti sy same je mcm yg tulis kat sini utk tarikh lahir pd **tuuuttt** hehehe...Amacam? ade same x dgn personaliti korang or pasangan korang? Ape yg pasti...kek kat atas ni mmg mcm sedap & mmg best sape2 hadiahkan kek ni sebagai hadiah besday...hehehe, enjoy reading....

Saturday, March 13, 2010

Rahsia Bibir Wanita

Share

Bibir wanita memang penuh tarikan. Namun di sebalik keindahan yang dipaparkan, terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya.Di sini dinyatakan misteri bibir yang patut diketahui. Segala yang sy tulis di sini hanyalah berdasarkan fakta, mungkin benar dan mungkin tidak. Terserah kepada yang membaca utk menilainya. Mungkin juga ada yang betul2 menerangkan tentang diri anda kan?

Monday, March 8, 2010

82nd Annual Academy Award Winners (Oscar)

Share
Herewith the winner for 82nd Annual Academy Award Winners (Oscar) held on Sunday 7 March 2010.

Best Picture
The Hurt Locker
Kathryn Bigelow, Mark Boal, Nicolas Chartier and Greg Shapiro

Actor in a Leading Role
Jeff Bridges
Crazy Heart

Actor in a Supporting Role
Christoph Waltz
Inglourious Basterds

Saturday, March 6, 2010

Fahaman Islam - Mengapa Kita Berbeza??

Share
Agama Islam kian tersebar luas ke seluruh dunia sejak wahyu pertama diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira', Arab Saudi pada tahun 610 Masihi. Biarpun pegangan agama berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah, namun akibat jauh dari zaman Rasulullah SAW, umat Islam kini kelihatan semakin berpecah atas fahaman dan mahzab berbeza, bagaikan satu pokok yang banyak dahannya. Mengapakah ini terjadi? Apakah yang kita cari di dalam beragama?


Sejarah Perpecahan Umat Islam


Keretakan umat Islam bermula sejak kewafatan Rasulullah SAW dengan tercetusnya isu kepimpinan di kalangan sahabat dan masyarakat Islam ketika itu. Namun, kemelut tersebut berakhir sebaik sahaja Saidina Abu Bakar as-Siddiq diangkat sebagai khalifah pertama dalam Khulafa al-Rasydin. Kemudian kepimpinan beralih ke tangan Saidina Umar al-Khattab dan diikuti oleh Saidina Uthman bin Affan.

Sunday, February 21, 2010

Malaysia Courier Service: Delivery, Express Carriers & Dispatch Services

Share
To all an online store owner or anyone who interested to know about Malaysia Courier Services, here a guidance for you.

Avanti Worldwide Express AWE
http://www.avanti.com.my/
9-2 Jalan PJS 11/28, Sunway Metro, Bandar Sunway, 46150 Petaling Jaya
Tel: 03 5631 1505 (Hot Line)

City-Link
http://www.citylinkexpress.com/
3A Jalan Akitek U1/22, Seksyen U1, HICOM Glenmarie Industrial Park, 40000 Shah Alam
Tel: 03 5033 3800 (Customer Service)

DHL Worldwide Express
http://www.dhl.com.my/
Lot 14, Jalan 51A/223, 46100 Petaling Jaya
Tel: 1 300 88 1188 (24 hrs Hotline), 03 7957 1188

Wednesday, February 10, 2010

Warna Dan Si Pemakai

Share

Warna pakaian yang paling sering anda kenakan mampu mewakili diri anda dan menunjukkan siapa anda sebenarnya! Mungkin anda sering memilih warna pakaian yang sama tanpa disedari sehingga warna itu mampu menjadi penunjuk keperibadian diri anda!

Merah
~~~ Bersemangat, bercita-cita tinggi dan bertenaga.

Merah muda (pink) ~~~ Hangat, romantik, mudah simpati dan mudah memahami.

Friday, February 5, 2010

DUBAI Lilypad Floating City

Share
Magnificent, Fabulous, Unimaginable & Beautiful


Water City by now, most of us have heard about the Island Cities being built in Dubai , but inhabitant has just done a feature on a new concept by artist Vincent Callebaut for a self-sufficient floating city that will never have to face a problem about finding land to build on. The "Lilypad" would take advantage of all of today's green technologies, including generating power from the sun, wind and water, and would produce zero emissions from its residents. Don't expect to see construction on one of these anytime soon, but don't be surprised if, like the Island Cities in Dubai , real estate starts branching out into the oceans in the next decade.

Tuesday, February 2, 2010

15 Things You Never Noticed on a Dollar

Share
Did you know a dollar bill has hidden pictures, flecks of color, and mysterious symbols? And that’s just the beginning. What do all those seemingly random letters and Latin phrases mean, anyway?

The Basics: How much is a dollar worth?

The question seems simple, but the answer is quite complex. Since 1973, the dollar bill has had no value tied to it. You cannot trade in a dollar to the government for gold, silver, or any other commodity. The value of the nation's currency is related to the decree by the government that a dollar is legal tender for all debts. This means if someone attempts to pay a debt using dollars, the person being paid must accept the money or the law no longer recognizes the debt. This is important enough that the phrase is printed on every bill the government creates.

Monday, February 1, 2010

Saturday, January 30, 2010

Daun Teh - Sejarah, Jenis, Khasiat dan Petua

Share
Mesti ramai yang suka minum teh kan?Lebih-lebih lagi minum teh tarik. Hari sy nak kongsikan serba sedikit tentang teh selepas membuat beberapa surfing berkenaan teh di internet menggunakan CELCOM Broadband yg lembab mcm siput nih. Sebenarnya sbb utama sy nak tulis tentang teh ni sbb sy terjumpa koleksi video2 menarik yg sy simpan kat dlm external hard disk. Lepas backup file laptop sy sblm ni terus x bukak2 lg external hard disk tu..mmm,laptop lama terbakar sbb over usage..hahaha,lgpun pakai processor AMD,what do you expect kan?pakai kejap pun jap panas...huhuhu..mm,sudi2kan la tengok klip video nie...cute sesgt, kalau x caye tengok la dulu..rugi beb kalau x tengok...hehe he,mmg cute..sungguh x tipu...hehehe. Klik kat button play, tunggu video upload. Smbl2 video buffering tu, rajin2 la baca info tentang teh kat bwh nie k...Tengok connection korang la, klu pakai Streamyx rasanya kejap je bufferingnye,tp klu Celcom Broadband slow skit la kot, x pun slow byk..huhuhu,mengapalah diri ini terlalu hangin dengan Celcom Broadband nih??? Memang Celcom lembab, ulat yg cute kat dlm video kat bwh nie lagi laju rasanye bergerak rasanye. Huhuhu...

Friday, January 29, 2010

Peluang Perniagaan : Pengedar/Ejen Streamyx, Celcom, Credit Card, Personal Loan

Share
Peluang Perniagaan/Kerja Part Time : Jadi Pengedar Produk TM, Celcom, AmBank, Al-Rajhi, Pos Malaysia dan Lain-Lain Lagi.

Duit..duit..duit..tgk Shrek pun dah tertekan & pening kepala sbb tgh fikirkan ttg duit..hehehe. Sekarang ni nak tak nak memang kita kena akui bahwa sekarang ni zaman duit. Duit penting dari segala-galanya. Betul tak? Semua benda nak kena kuar duit. Gi toilet pun kalau xde duit kena tahan sampai berpeluh-peluh cari stesen minyak. Huhuhu. Macam-macam peluang perniagaan wujud bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Kenapa? Kerana semua org sentiasa mencari peluang untuk tambah duit lebih. Sebab, duit sentiasa tak cukup. Kali ni saya nak bincangkan tentang sebuah program yang mampu untuk menambah pendapatan anda.

Thursday, January 28, 2010

Hang Tuah Berbangsa Cina?

Share
Hang Tuah Berbangsa Cina?
Oleh :Shahabudeen
Sculpture Hang Tuah di Muzium Negara

Ramai di kalangan anggota masyarakat kita terutamanya orang-orang Melayu menganggap Hang Tuah adalah legenda pahlawan Melayu. Pada hakikat sebenarnya Hang Tuah bukanlah dari keturunan Melayu sebagaimana yang disangkakan. Itulah yang bakal dihuraikan dalam artikel ini.

Selama ini orang-orang Melayu telah terkeliru atau mungkin tertipu dengan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu yang dibangga-banggakan. Hang Tuah sebenarnya telah diMelayukan untuk tujuan kemegahan semacam bentuk yang tercatat pada Robin Hood.

Di dalam bilik-bilik darjah, dewan-dewan kuliah atau seminar bermotifkan sejarah atau kajian sejarah hanya membincangkan tentang kepahlawanan, kebijaksanaan serta kesetiaan Hang Tuah. Kisah Hang Tuah yang diagung-agungkan ini telah menenggelamkan keadaan sebenar tentang asal keturunannya.

Di kalangan masyarakat Melayu dewasa ini telah timbul semacam keraguan tentang pahlawan mereka ini, apabila penghormatan kepada pahlawan mereka mula dipersendakan dengan reaksi-reaksi melampau seperti kelihatan dalam filem Hang Tuah.

Keraguan terhadap kedudukan Hang Tuah sebagai pahlawan Melayu telah menghasilkan satu penyelidikan dijalankan terhadap asal usul keturunan secara hipotesis. Jika pepatah Melayu sendiri telah mengatakan ‘bahasa jiwa bangsa’ dan ‘manusia mati meninggalkan nama’ . Bagaimana pula kita hendak menafikan kenyataan ‘nama menunjukkan bangsa’. Bahasa ‘nama’ merupakan identifikasi yang cukup jelas untuk mengetahui jenis sesuatu bangsa itu.

Bukti yang dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah setakat ini, hanyalah dapat disandarkan pada namanya. Oleh itu satu kajian secara hipotesis telah dijalankan dengan bersandarkan kepada ‘nama’ manusia untuk memperolehi jawapan tentang asal-usul Hang Tuah sebenarnya.

Dalam perbendaharaan nama-nama orang Melayu semasa zaman kesultanan Melaayu Melaka, tiada terdapat nama-nama seumpama Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, ringkasnya ringkasan yang bermula dengan ‘Hang’. Sejarah juga telah mencatatkan nama-nama dari bangsa Cina yang bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee. Ia bergantung kepada suku kaum atau asal-usul keturunan mereka dari wilayah tertentu dari China. Kemungkinan untuk mendakwa bahawa gelaran ‘Hang’ telah dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu juga tiada asasnya.

Mengikut kertas kerja yang dihasilkan oleh Mohd. Yunus Ibrahim dari Jabatan Sejarah UKM dengan tajuk ‘Melaka 1400-1511 Dari Aspek Kemasyarakatan,’ cuma menyatakan bahawa sesuatu penghormatan, ketaatan atau kedudukan adalah diberi gelaran seperti Bendahara, Paduka Raja, Temenggung, Laksamana, Shahbandar dan Mandulika.

Mengikut buku ‘Sejarah Melayu’ edisi W.G. Shellabear penerbitan Malaya Publishing House Ltd. Singapore halaman 123-131, menyatakan tentang Tun Perpatih Putih, iaitu utusan Sultan Mansur Shah ke negeri China telah membawa balik bersamanya seramai 500 orang dayang serta Puteri Hang Li Po. Sultan Mansur Shah dikatakan telah berkahwin dengan puteri dari China ini dan telah menghasilkan anak bernama Paduka Mamat.

Perkara yang menarik dari edisi W.G. Shellabear ini ialah munculnya nama puteri Hang Li Po. Hasil perkahwinan ‘campur’ antara puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah, telah dikurniakan seorang putera dan telah diberi nama Paduka Mamat. Nama Paduka Mamat adalah nama Melayu dan tidak pula berlaku nama ‘Paduka Hang Mamat’ sebagai penghargaan kepada puteri Hang Li Po, contohnya. Sejarah telah membuktikan bahawa nama-nama dari keturunan Cina biasanya bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee bergantung kepada suku kaum mereka dan dari wilayah tertentu asal mereka.

Jika dihubungkaitkan dengan nama Hang Tuah dari sebutan loghat Cina adalah berbunyi seperti Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew. Mengikut prosedur tentang suku kata nama bangsa atau keturunan Cina, biasanya cuma terdiri dari 3 suku kata sahaja. Nama Hang Kasturi pula diragui kerana 4 suku kata walaupun ia bermula dengan perkataan Hang. Perkataan Kasturi pula ada berbaurkan loghat bahasa Melayu.

Terdapat 3 andaian hasil kajian secara hipotesis yang dijalankan.

Pertama : Hang Kasturi adalah berbangsa Melayu tetapi bergaul rapat dengan anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po.

Kedua : Nama sebenarnya ialah Kasturi tetapi telah digelar Hang Kasturi oleh 4 orang rakan karibnya yang berketurunan Cina sehingga menjadi sebutan yang kekal.

Ketiga : Mungkin nama Cina sebenar Hang Kasturi sukar disebut oleh masyarakat tempatan. Oleh itu mereka telah memberikannya nama baru mengikut loghat orang Melayu tempatan dan nama ini telah diterima dengan baik oleh beliau.

Perkara lain yang menarik ialah petikan kertas kerja Ong Hak Ching. Jabatan Sejarah UKM ada mengatakan bahawa Sultan Mansur Shah telah memberikan tempat kediaaman di Bukit Cina kepada puteri Hang Li Po serta 500 orang dayang-dayangnya. Anak-anak cucu mereka digelar ‘biduanda Cina’ juga bermakna golongan yang dilindungi. Sama ada yang sudah memeluk Islam atau masih memeluk agama asal mereka.

Terdapat 3 andaian secara hipotesis mengenai hal ini.

Pertama : Tidak kesemua dari anggota rombongan puteri Hang Li Po yang memeluk agama Islam.

Kedua : Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker, Hang Lee Kiew, adalah keturunan dari rombongan puteri Hang Li Po.

Ketiga : Keempat-empat sahabat ini kemudiannya telah memeluk agama Islam tetapi mengekalkan sebutan nama mengikut loghat bahasa Melayu atas sebab-sebab tertentu, seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu.

Hal yang lebih lanjut mengenai Hang Kasturi. Telah timbul percanggahan pendapat sejak dahulu lagi, sepertimana kajian secara hipotesis ini meragukan tentang nama sebenar Hang Kasturi. Percanggahan pendapat ini berlaku antara pengarang ‘Sejarah Melayu’ dan pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’ mengenai siapa sebenarnya telah menderhaka kepada Sultan Melaka. Pengarang Sejarah Melayu menuduh Hang Kasturi manakala pengarang Hikayat Hang Tuah Pula menuduh Hang Jebat.

Pertama :Tersirat sesuatu hal yang unik dan tersembunyi tentang kedua-dua tokoh pahlawan ini sehingga tidak ada satu kata sepakat di kalangan kedua pengarang serta pakar sejarah lampau.

Kedua : Pengarang ‘Sejarah Melayu’ telah menggunakan bahan dalam penulisannya secara mengambil pendapat lisan dan tiada ada satu penyeledikan terperinci, kerana ia menyentuh kisah-kisah yang terlalu luas serta hal-hal yang menyeluruh.

Ketiga : Pengarang ‘Hikayat Hang Tuah’ adalah lebih formal kerana menggunakan semacam bentuk kajian sehingga dapat menggariskan hal-hal peribadi Hang Tuah secara lebih detail.

Hasil kajian secara hipotesis ini telah membuktikan pengarang Hikayat Hang Tuah mempunyai banyak kelebihan dan penulisannya tentang hal Hang Jebat yang telah menderhaka kepada Sultan, adalah diterima mengikut hukum asal. Rumusan daripada kajian yang dijalankan telah menghasilkan penemuan baru yang melibatkan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu. Mengikut kajian hipotesis ini, Hang Tuah merupakan pahlawan yang telah diMelayukan demi untuk kemegahan atau simbol kepada orang-orang Melayu. Kita lihat bagaimana hipotesis ini menerangkan asal-usul Hang Tuah.

Hang Tuah adalah anak cucu kepada keturunan rombongan puteri Hang Li Po yang datang ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah. Nama sebenar Hang Tuah ialah Hang Too Ah. Tetapi bertukar kepada nama sebutan Hang Tuah apabila pahlawan ini memeluk agama Islam dan berkhidmat kepada Sultan Melaka.PengIslaman Hang Tuah telah mempengaruhi 3 orang rakan karibnya iaitu Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew. Keempat-empat sahabat baik ini juga bergaul rapat dengan Kasturi, iaitu rakan sebaya mereka yang berbangsa Melayu. Mereka juga menggelar Kasturi dengan gelaran Hang Kasturi sebagai tanda satu persahabatan yang abadi.

Kelima-lima sahabat ini mula masyhur di kalangan istana apabila mereka menyelamatkan Bendahara dari serangan orang mengamuk. Mereka berlima kemudiannya memeluk agama Islam. Nama-nama mereka mengikut loghat Melayu telah tersebar dengan cepat dan meluas samada di kalangan istana atau orang-orang Melaka ketika itu termasuk nama Hang Kasturi.

Tiada bantahan yang pernah dibuat ketika itu kerana masyarakat Melayu zaman itu telahpun menganggap anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po sama seperti saudara Melayu mereka. Demikianlah serba ringkas kisah Hang Tuah yang berasal daripada keturunan puteri Hang Li Po dari kajian hipotesis ini.

Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan lagenda yang selama ini mereka bangga-banggakan. Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati.

Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan lagenda yang selama ini mereka bangga-banggakan.Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati?

Related topic : Menyanggah Hang Tuah Berbangsa Cina



Untuk Membaca Topik-Topik Lain Di Blog Ini, Sila Klik Link Di Bawah:

The Scribble Of My Life : Topic's Directory

Menyanggah " Hang Tuah Berbangsa Cina"

Share
Menyanggah "Hang Tuah Berbangsa Cina"
Oleh Azman Nor

Artikel ini bagi menjawab artikel yang bertajuk : "Hang Tuah Berbangsa Cina"

Saya tidak berapa setuju dengan hipothesis yang dibuat oleh Sdr. Shahabudeen dalam artikelnya Hang Tuah Berbangsa Cina. Perlu diingat bahawa Hikayat Hang Tuah yang dirujuk hanyalah buku cerita bukannnya buku sejarah.

Sejarah Melayu karangan Tun Sri Lanang juga bayak mengandungi cerita dongeng seperti asal usul orang kerajaan Melayu yang berasal daripada kayangan, orang bunian, dikaitkan dengan Iskandar Zulkarnain dan lain-lain lagi. Teks sejarah perlu dikaji dengan kritikan hermeneutics dan pendekatan kajian sanad seperti pengajian hadith barulah lebih kuat untuk buat andaian.

Fakta sejarah kewujudan kerajaan Jawa, memang ada dan disebut oleh pengembara-pengembara Arab seperti Ibn Batuta. Tak dinafikan juga keagungan Melayu Melaka dengan kaitan kedatangan agama Islam, pedagang-pedagang India, Cina dan lain-lain lagi.

Tapi mengenai kepahlawanan Hang Tuah bagi saya adalah rekaan cerita dongeng seperti cerita Mak Yong dan wayang kulit yang diwarisi turun temurun bersama sedikit tokok tambah seperti adanya keris sakti Taming Sari yang menjadi buruan mereka yang mempelajari ilmu silat. Ada juga yang berkata bahawa Hang Tuah ghaib, ada pula yang kata dia pergi Mekah, mati di sana, yang mana ada sedikit modifikasi diselitkan unsur-unsur Islam supaya nampak Islamik. Sedangkan orang yang bernama Hang Tuah mungkin tidak pernah wujud, kalau wujud pun tak tahu nama sebenar, dan kiranya itu namanya pun, belum pasti sama ada dia Islam atau tidak, samalah juga watak Pak Kadok, Lebai Malang, Pak Pandir dan lain-lain lagi, yang hanyalah komedi dan hiburan rakyat kebanyakan sebelum munculnya filem-filem Bolywood dan filem Melayu P. Ramlee. Cerita Hang Tuah ada sedikit adegan lasak dan mencabar, cerita Pak Pandir - cerita lucu yang cukup diminati orang Melayu, bukannya kepahlawanan Rasulullah, cerita para sahabat - yang sepatutnya menjadi bahan kajian dan tauladan.

Hipothesis yang lebih sesuai ialah:

1. Hang Tuah adalah cerita dongeng rakyat Melayu.

2. Orang Melayu mudah percaya kepada perkara dongeng, kalau tidak percaya pun seronok dengar penipuan yang memang mereka pun tahu yang si pencerita itu berbohong, seperti tikam tak lut kerana memegang keris Taming Sari.

3. Cerita rakyat semakin hilang pengaruh dengan kedatangan sastera asing seperti sastera Inggeris dan bertambah majunya media cetak dan elektronik sebagai alternatif kepada hiburan.

4. Dunia hiburan adalah tumpuan keseronokan yang menyebabkan kita mundur, tak maju dan ditipu oleh orang lain yang berkepentingan dari dulu, kini dan bila-bila. contoh lain ialah Mahsuri yang telah menyumpah Lankawi tujuh keturunan. sebenarnya nak cari duit untuk menarik pelancong, sedangkan tak tahu betul ke tidak cerita tersebut.

5. Walaupun sudah memeluk Islam, masih ada orang Melayu yang kurang pendidikan Islam mempercayai perkara-perkara khurafat seperti Hang Tuah masih hidup, dan berusaha bertapa dengan tujuan nakbertemu dengan Hang Tuah, dan lain-lain lagi.

6. Dengan wujudnya pondok-pondok / madrasah belajar kitab masyarakat semakin memahami Islam dan tak berapa berminat nak dengar cerita Hang Tuah, kalau dengar pun ada yang cuba mengkritik.


Untuk Membaca Topik-Topik Lain Di Blog Ini, Sila Klik Link Di Bawah:

The Scribble Of My Life : Topic's Directory

Tuesday, January 26, 2010

Tajul Muluk : Rahsia Hari Lahir Wanita

Share
Tajuk Muluk : Rahsia Hari Lahir Wanita

Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman silam, khususnya dlm masyarakat Melayu dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yg baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari. Kini, kitab Tajul Muluk yg pernah terkenal suatu ketika dahulu amat sukar dicari. Namun cebisan ilmunya masih diperturunkan oleh mereka yg arif mengenainya. Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Di sini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita dalam seminggu hari kelahiran mereka.

Made In Japan

Share
Orang Jepun nie semuanya memang kreatif. Patut la dia negara yang paling pantas membangun dan berstatus negara maju. Tengok je la gambar-gambar kat bawah ni :











Monday, January 25, 2010

Did You Know : Horse Power

Share
Horsepower (hp or HP) is the name of several non-metric of power. In scientific discourse, the term "horsepower" is rarely used because of its various definitions and the already existent SI unit for power, the watt (W). However, use of the term "horsepower" persists as a legacy in many languages and industries, particularly as a unit of measurement of the maximum power output of internal-combustion engines of automobiles; and often of trucks, buses, and ships. The use of 'HP' is being slowly replaced by kW (kilowatt) and MW (megawatt).
There are two important factors to consider when evaluating the measurement of "horsepower":
  • The inconsistent definitions of the "horsepower" unit itself
  • The various standards used in measuring the value of "horsepower"