Wednesday, February 10, 2010

Warna Dan Si Pemakai

Share

Warna pakaian yang paling sering anda kenakan mampu mewakili diri anda dan menunjukkan siapa anda sebenarnya! Mungkin anda sering memilih warna pakaian yang sama tanpa disedari sehingga warna itu mampu menjadi penunjuk keperibadian diri anda!

Merah
~~~ Bersemangat, bercita-cita tinggi dan bertenaga.

Merah muda (pink) ~~~ Hangat, romantik, mudah simpati dan mudah memahami.
Kuning ~~~ Aktif dan bijak berkomunikasi.

Hijau ~~~ Berhati-hati dan sensitive

Biru muda ~~~ Kreatif, berfikiran tajam dan penuh imaginasi.

Biru tua ~~~ Cergas, bertanggungjawab dan bijak membuat keputusan.

Ungu ~~~ Peka dan selalu ingin mendapatkan yang terbaik

Cokelat ~~~ Jujur dan bersifat pecinta alam.

Hitam ~~~ Memiliki kemahuan yang kuat, bersifat lebih terbuka dan berdisiplin.

Putih ~~~ Penuh perhatian dan sukakan kedamaian.

Biasanya, warna pakaian anda itu juga mampu mencerminkan emosi dan suasana yang anda inginkan di ketika itu:

Ø Ingin "privacy"
Sekiranya anda inginkan waktu privacy atau ingin menyembunyikan perasaan sebenar anda di kala itu, biasanya warna yang digunakan adalah pakaian yang berwarna gelap. Warna sebegini sesuai dipakai ketika anda sedang berkabung, baru putus cinta atau sekadar ingin bersendiri.

Ø Meningkatkan semangat
Pakaian berwarna merah biasanya mampu menimbulkan rasa percaya dan yakin diri di samping membuatkan anda berasa nyaman. Jika anda berada dalam keadaan yang agak muram, jangan kenakan pakaian yang membuatkan anda tampil kusam dan tidak bersinar, kerana warna-warna itu akan semakin membuat anda kelihatan tidak menarik!

Ø Jatuh cinta
Jatuh cinta adalah saat di mana kulit anda berwarna cerah dan sihat. anda pasti akan berasa ceria pada ketika itu. Warna merah muda yang lembut (soft pink), oren muda keemasan dan warna-warna hangat yang lainnya akana mengekspresikan perasaan tersebut.

Jadi, kalau anda ingin mengubah hidup dan ingin menunjukkan suasana hati anda, cuba warna-warna yang disebutkan tadi. Siapa tahu hidup anda akan lebih bersinat dan cubalah anda manfaatkannya! Segala-galanya boleh dirasakan dalam waktu yang singkat. Selamat mencuba!

Inspirasi Warna Pakaian

Warna baju yang anda pakai mampu menpengaruhi perasaan dan kesihatan anda. Contohnya, kalau anda memakai T-shirt yang berwarna oren, itu bermakna anda sedang berusaha untuk menambat tenaga dan kekuatan diri anda sendiri. Berikut adalah antara warna-warna yang boleh anda pakai untuk menunjukkan apa yang anda sedang rasa ketika itu :

KALAU ANDA MERASA WARNA DI PAKAI

Tidak senang diperhatikan ~~~~~~ Merah
Lelah dan kurang bertenaga ~~~~~~ Merah
Menarik dan bersemangat ~~~~~~ Merah
Depresi ~~~~~~ Oren
Sakit di bahagian sendri ~~~~~~ Oren
Perlu rasa yakin pada diri ~~~~~~ Kuning
Perlu berinteraksi ~~~~~~ Kuning
Perlu berfikir secara mendalam ~~~~~~ Hijau
Perlu mengambil keputusan ~~~~~~ Hijau
Perlu menenangkan fikiran ~~~~~~ Biru
Terlalu penat berfikir ~~~~~~ Biru
Ingin santai dan berehat ~~~~~~ Ungu lavender

KAREKTOR WARNA dalam hidup anda!

Warna mampu mempengaruhi mood dan penampilan anda. Sekiranya anda bijak memilih warna pada pakaian yang dikenakan, atau perhiasan di rumah anda, semangat dan kreativiti anda pasti akan menyerlah.

Definisi warna :

MERAH BERTENAGA Merah sering dikaitkan dengan tenaga dan semangat. Merah mampu meningkatkan reaksi emosi dan ghairah hidup. Jadi anda perlu elakkan dari menggunakan warna merah terang di bilik tidur anda!

OREN ITU CERIA! Oren mampu membawakan keceriaan, humor dan rasa senang. Gunakan warna ini untuk meningkatkan mentaliti anda. Ia juga mampu menjadikan percakapan yang lahir dari mulut anda itu lebih menarik dan membuahkan kreativiti.

KUNING MEYAKINKAN Warna kuning lebih banyak dikatikan dengan kekuatan mental dan rasa percaya diri. Warna ini dapat mengaktifkan otak anda dan sesuai digunakan untuk ruang belajar. Tetapi jika terlalu banyak warna kuning anda akan berasa sulit untuk berehat. Sekiranya anda ingin mempamerkan warna kuning di kamar tidu anda, gunakanlah warna kuning itu sekadar warna sentuhan sahaja dan bukannya sebagai warna dominan.

HIJAU MENYAMANKAN Hijau adalah warna alam yang utama. Warna ini diklasifikasikan sebagai warna yang nyaman, tenang dan rileks. Hijau akan menciptakan ruang yang tenang dan damai. Hijau adalah warna yang paling sesuai untuk dipamerkan pada kamar mahupun ruang santai di rumah anda.




BIRU LANGIT MEMBERIKAN KONSENTRASI

Warna biru langit akan membantu anda berkonsentrasi dan memfokuskan diri pada pekerjaan atau tugasan. anda akan tetap berasa tenang walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Warna ini sangat sesuai digunakan untuk ruang penyembuhan yang mampu memberikan ketenangan pada anda!

UNGU BERDEDIKASI Ungu adalah warna fokus dan dedikasi. Warna ini sering dikaitkan dengan idealisme yang tinggi. Ungu mampu membantu mengembangkan kreativiti anda.




Untuk Membaca Lain-Lain Topik Di Blog Ini, Sila Klik Link Di Bawah:


The Scribble Of My Life : List of Blog's Topic



Note : Utk hari jugak, CELCOM BROADBAND masih lg kesiputan dan tersangkut-sangkut...huhuhu

1 comment:

Anonymous said...

If there was a single day I could live... a single breath I could take
I'd trade all the others away~

thanks bg semangat kat aku n still support blog aku~
maceh sgt2~