Thursday, March 11, 2010

I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair

Share
Promotion...promotion...
Cukup meriah kan gambar di atas? Bagaikan satu pesta yang meriah dan berwarna warni..pasti mengisi hari anda dengan keriangan dan kegembiraan. Gambar ini adalah untuk mempromosikan Gatsby Deodorant Street Fair....

Gatsby Deodorant bakal melangsungkan ‘Street Fair’ besar-besaran pada 17 April 2010 (Sabtu), bertempat di ruang legar Berjaya Timesquare KL Terdapat pelbagai gerai mainan yang akan didirikan semasa ‘Street Fair’. Ada yang seringkas membaling getah hinggalah ke aksi-aksi yang melucukan dan menggeli hati seperti bergusti sumo dalam beg udara oleh para peserta. Antara game yg akan menanti anda adalah seperti balloon thrown, bacteria attack, rope skipping, spot the deodorant, basketball shooting, catch the germs dan lain-lain lagi (jika ada) Peserta permainan ini akan memenangi mata dan anda boleh menebus mata ganjaran yang terkumpul dengan barangan menarik dari Gatsby!!

Selain itu, semua peserta yang terlibat dan mengambil bahagian dalam permainan layak untuk menyertai cabutan bertuah. Antara hadiah-hadiah yang bakal dimenangi melalui cabutan bertuah adalah barangan elekteronik, komputer,telefon bimbit dan baucar tunai berjumlah lebih dari RM 15,000!

Bagi yang tinggal di luar Kuala Lumpur, anda boleh ke Times Square dengan menaiki bas dan berhenti di Plaza Rakyat Puduraya, tp..malangnya Puduraya ditutup buat sementara waktu. Oleh itu, anda boleh menaiki LRT dan turun di hentian Hang Tuah atau menaiki Monorail dan turun di Stesen Imbi. Bagi yang dtg dari Selatan anda boleh menggunakan Smart Tunnel di Sungai Besi dan keluar ke Jalan Sultan Ismail. Anda akan terus sampai ke Times Square. Marilah kita beramai-ramai menjayakan Gatsby Deodorant Street Fair ini kerana banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti anda. Pastinya anda akan bergembira disini dan amat rugi kalau tak turut serta. Saya juga pasti akan turut hadir kerana Gatsby Deodorant Street Fair ini turut mengumpulkan lebih kurang 500 orang blogger di seluruh Malaysia.

Jumpa anda semua di Berjaya Times Square pada 17 April 2010 nanti. Bersama-sama kita memeriahkan majlis. Untuk maklumat lanjut mengenai Gatsby Deodorant Street Fair ini, anda boleh lawat laman web Gastby di www.gatsby.com.my/streetfair

Jumpa di sana.....

No comments: