Saturday, January 30, 2010

Daun Teh - Sejarah, Jenis, Khasiat dan Petua

Share
Mesti ramai yang suka minum teh kan?Lebih-lebih lagi minum teh tarik. Hari sy nak kongsikan serba sedikit tentang teh selepas membuat beberapa surfing berkenaan teh di internet menggunakan CELCOM Broadband yg lembab mcm siput nih. Sebenarnya sbb utama sy nak tulis tentang teh ni sbb sy terjumpa koleksi video2 menarik yg sy simpan kat dlm external hard disk. Lepas backup file laptop sy sblm ni terus x bukak2 lg external hard disk tu..mmm,laptop lama terbakar sbb over usage..hahaha,lgpun pakai processor AMD,what do you expect kan?pakai kejap pun jap panas...huhuhu..mm,sudi2kan la tengok klip video nie...cute sesgt, kalau x caye tengok la dulu..rugi beb kalau x tengok...hehe he,mmg cute..sungguh x tipu...hehehe. Klik kat button play, tunggu video upload. Smbl2 video buffering tu, rajin2 la baca info tentang teh kat bwh nie k...Tengok connection korang la, klu pakai Streamyx rasanya kejap je bufferingnye,tp klu Celcom Broadband slow skit la kot, x pun slow byk..huhuhu,mengapalah diri ini terlalu hangin dengan Celcom Broadband nih??? Memang Celcom lembab, ulat yg cute kat dlm video kat bwh nie lagi laju rasanye bergerak rasanye. Huhuhu...




Mm..amacam?dah tengok klip video kat atas tu?Cute kan?mesti suke tgk klip video tu..lebih2 lg girl2 kat luar sana...mm,mari kita menambah ilmu tentang teh pulak. Pertama sekali kita baca dulu tentang sejarah teh ni. Mm...sejarah ni sy translate dr bahasa Indonesia, so harap maklum la ye...

Bangsa Cina telah minum teh selama 5000 tahun untuk kesihatan dan kenikmatan. Asal permulaan teh pada awalnya masih merupakan sebuah lagenda. Salah satunya adalah cerita tentang Kaisar Shen Nung. Pada suatu hari, ketika Kaisar Shen Nung sedang minum air yang sedang mendidih, beberapa helai daun dari pohon yang berjuntai ditiup angin dan terjatuh ke bekas berisi air rebusan sehinggakan ianya berubah warna. Sang Kaisar ingin tahu dan memutuskan untuk merasa sedikit air rebusan yang telah berubah warna tu. Kemudiannya Kaisar itupun merasakan air itu sedap dan menyehatkan tubuh. So, start dr hari tu teh jadi minuman popular....salah satu dongeng Cina

Dongeng India pulak....Sementara itu, legenda dari India mengitkan penemuan teh dengan biarawan Bodhidharma. Setelah bertapa selama 7 tahun, beliau berasa sangat letih dan lapar. Dalam ketika itu, beliau telah mengunyah beberapa daun yang tumbuh di sekitar tempatnya. Ternyata setelah dikunyah, beliau merasa segar kembali.

Dongeng Jepun pulak....Pada awal abad ke-9, di Jepun seorang biarawan yang baru pulang dari pengembaraannya, bernama Dengyo Daishi membawa biji tanaman teh dari Cina. Sejak saat itulah teh dikenal di Jepun. Pada abad ke-17, pedagang dari bangsa Belanda dan Portugis pertama kali m emperkenalkan teh ke Eropah. Bangsa Rusia merupakan penggemar awal teh di Eropah. Sumber teh mereka datang melalui laluan darat dari Cina dengan menggunakan kereta yang ditarik oleh unta.

Jenis-Jenis Teh

Empat jenis utama dikenali melalui cara ianya diproses. Camellia sinensis adalah pokok renek malar hijau yang daunnya, sekiranya tidak cepat dikeringkan, akan layu dan teroksida. Proses ini menyerupai malt bali, iaitu kanji ditukarkan kepada gula; daun menjadi semakin gelap, apabila klorofil terurai dan tannin dibebaskan. Langkah kedua dalam proses adalah menghentikan proses pengoksidaan pada peringkat yang ditentukan dengan menyingkir air dari daun melalui pemanasan. Istilah penapaian digunakan (kemungkinannya oleh pencipta wine) untuk menggambarkan proses ini, dan kekal, walaupun tiada penapaian sebenar berlaku (contohnya. proses ini tidak disebabkan oleh mikroorganisma dan tidak menghasilkan ethanol).

Teh secara traditional dikelaskan kepada empat kumpulan besar, berasaskan tahap "penapaian" yang dilalui oleh daun:


  • Teh putih: Pucuk daun yang tidak melalui pross pengoksidaan; pucuk boleh dilindungi dari cahaya matahari untuk mengelakkan pembentukan klorofil.
  • Teh hijau: Proses pengoksidaan dihentikan selepas pengoksidaan yang minima melalui penambahan haba, samaada melalui wap, kaedah traditional Jepun, atau dikeringkan di dalam kuali yang panas — kaedah tradisi China.
  • Oolong (烏龍茶): Pengoksidaan dihentikan pertengahan antara piawaian teh hijau dan teh hitam.
  • Teh hitam: Pengoksidaan yang banyak; perkataan China secara harafiah adalah teh merah, yang mungkin diguna kan oleh sesetengah peminat teh. Teh hitam dipecahkan lagi kepada samaada orthodox atau CTC (Penyek, Koyak, Kecut - Crush, Tear, Curl). Teh hitam yang belum dicampurkan lagi juga dikenali menurut ladang asal dan "flush" (pertama, kedua, atau musim luruh).

Note : Teh putih dihasilkan dalam jumlah sedikit berbanding teh yang lain dan oleh sebab tu teh putih lebih mahal berbanding teh dari pokok yang sama yang diproses menurut kaedah lain.

Khasiat Teh


DAUN teh diakui sains boleh mengelakkan pelbagai penyakit seperti kanser, kencing manis, penyakit hati, mengurangkan kolesterol dan atherosclerosis.

Hampas Daun Teh Menyuburkan Tanaman

Jika anda seorang penggemar minuman berasaskan teh, jangan dibuang daun teh selepas menggunakannya. Tahukah anda, selain daripada menjamin kesihatan, daun teh mempunyai khasiat untuk menyuburkan p okok tanaman. Ia boleh dijadikan baja humus (baja akibat daripada pencernaan daun tumbuhan mati) untuk menambah kesuburan tanah.

Apa yang perlu dibuat, selepas digunakan, basuh daun teh dengan air paip untuk membersihkannya. Ini untuk mengelakkan tanaman anda dikerumuni oleh semut akibat penggunaan gula ketika menyediakan minuman.

Letakkan daun teh tadi di atas tanah tanaman anda. Anda pasti berpuas hati dengan hasilnya. Anda bukan saja boleh menikmati kenikmatan meminum teh dan menjaga kesihatan malah tanaman anda juga akan hidup subur.

Petua Menghitamkan Rambut Dengan Daun Teh

Selain menyuburkan tanaman, hampas daun teh juga boleh digunakan untuk menghitamkan rambut. Langkah-langkah yang perlu anda lakukan adalah seperti berikut:

Langkah yang perlu anda lakukan adalah;


  1. Tuangkan sedikit air pada serbuk@uncang teh tersebut. Biarkan ia kembang seketika. Kalau anda masih ada menyimpan baki air teh "o" semalam, abaikan langkah ni.
  2. Kemudian sapukan air teh "o" tu kat keseluruhan rambut anda pada setiap pagi. Atau dalam bahasa mudahnya, basahkan rambut anda dengan air teh "o", ok.
  3. Biarkan seketika sebelum anda mencucinya sampai bersih.
  4. Kalau nak senang, buat petua ni sebelum anda mandi pagi.

Kalau boleh, amalkan langkah di atas setiap hari sampai anda mendapat hasilnya. Setelah berhasil, barulah anda menjarakkan masa membuatnya seperti selang beberapa hari sekali. Ataupun seminggu sekali. Ikutlah kemampuan dan tahap kerajinan anda.

Selain boleh menghitamkan rambut, ia juga boleh melambatkan tumbuh uban.

Mm..itu jela info-info tentang teh ni. Kalau rajin nti sy update & tambah info lain.


Untuk Membaca Topik-Topik Lain Di Blog Ini, Sila Klik Link Di Bawah:



2 comments:

M[i]$Z[a]C[k] said...

tomeynyeee ulat tu.. hehe =P

Airis Arissa said...

pernah dgr pasal teh mulberry? hah, ni kalo ko selitkan dlm artikel ni best gak :). kafein dia 0.01 % jer