Thursday, January 21, 2010

Teknik Internet Marketing: Teknik SIG File - Part 1

Share
Apa itu Sig File?

Sig File adalah singkatan bagi signature file di mana ia adalah pengenalan secara ringkas diri anda. Ramai yang mengambil mudah perkara ini kerana memikirkan yang sig file tidak penting dalam pemasaran di internet. Ia adalah satu kesilapan besar sekiranya anda juga berfikir sebegitu. Signature file ringkas tetapi mengandungi info yang cukup baik bagi tujuan promosi. Ini memudahkan sesiapa sahaja menghubungi anda apabila mereka berminat dengan promosi yang anda hantar melalui email, e-zine dan sebagainya.

Sig file mengandungi maklumat berkenaan dengan anda, laman web, e-mail, nombor telefon dan beberapa patah perkataan sebagai promosi ringkas. berikut adalah contoh sig file yang anda dapat lihat di setiap e-mail yang saya tulis.


****************************
The Scribble of My Life
Ixora Balqish Collections
Program Affiliate Terbaik
****************************

Sig File adalah teknik pemasaran secara tidak langsung. Ia mudah dilakukan dengan meletakkan sig file itu dibahagian akhir setiap email, e-zine ataupun apa jua maklumat yang ingin anda sampaikan. Anda juga dapat meletakkannya di dalam mesej yang anda sampaikan di dalam ruang-ruang forum yang anda sertai. Pasti ada pengunjung yang mengelik pada alamat laman web anda bagi mengetahui lebih lanjut berkenaan and selepas mereka sering melihat sig file anda itu.

Sig file juga bukan hanya disertakan dengan e-zine, email ataupun maklumat-maklumat berkenaan dengan perniagaan anda. Anda dapat meletakkannya bersama-sama email harian ataupun mesej-mesej biasa semasa anda menghantar email kepada kawan-kawan. Cuba kita lakukan sedikit pengiraan mudah. Apabila e-zine, email ataupun maklumat yang diberikan dapat menarik minat pembaca, mereka pasti akan menghantar email anda kepada yang lain (forward e-mel).

Apabila anda menghantar kepada 10 orang kawan anda dan mereka akan menghantar semula kepada 10 orang yang lain, bayangkan berapa banyak maklumat berkenaan anda tersebar. Sebagai contoh:


1 x 10 = 10
10 x 10 = 100
100 x 10 = 1000
1000 x 10 = 10000
10000 x 10 = 100000
100000 x 10 = 1000000


Dalam 6 kali email anda di hantar dan diforwardkan, seramai 1111110 orang (10+100+1000+10000+100000+1000000) menerima email anda. Lihatlah bagaimana teknik sig file dapat membantu anda dalam pemasaran menerusi internet. Ini bermakna maklumat diri anda yang mengandungi laman web dan juga email sudah dihantar kepada lebih daripada 1 juta orang dalam masa yang singkat. Pengiraan yang dilakukan hanya sekadar anggaran sahaja. Namun apabila jumlah email anda yang dihantar semula kepada hanya empat orang pun sudah mencukupi. Tetapi cuba bayangkan anda melakukan teknik ini setiap hari.

Pastinya anda terfikir adakah orang yang akan klik link laman web yang anda sertakan di sig file anda. Jangan risau. Teruskan usaha anda kerana pasti akan ada orang yang akan berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah yang ada di sebalik link website anda.

Cukup setakat ini, saya akan bincangkan tentang Tip-Tip Teknik Sig File di dalam Teknik Internet Marketing: Teknik SIG File - Part 2 dan Bagaimana Untuk Meletakkan Sig File di Akaun Email Anda di dalam Teknik Internet Marketing: Teknik SIG File - Part 3.

Anda juga mungkin berminat dengan artikel-artikel berikut:

Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Di Google Adsense
Earn Money With Google Adwords
5 Sebab Anda Gagal Di Dalam Online Bisnes
Bagaimana Nak Tarik Trafik Ke Website Anda
14 Sebab Kenapa Orang Suka Kerja Kerajaan
Top 20 Site In Malaysia
Senarai Laman Web, Produk Pelaburan dan Syarikat Yang Di Haramkan Oleh Kerajaan Malaysia

No comments: