Friday, January 22, 2010

Menjana Wang Dengan Google Adsense

Share
Sebelum nie saya ade menulis artikel yang bertajuk Earn Money With Google Adwords, cubalah..mungkin anda boleh menjana wang dengan Adwords. Kali nie, kita bincangkan tentang bagaimana Menjana Wang Dengan Google Adsense pulak. Kalau anda ada website atau blog sendiri, optimisekan pendapatan anda dengan meletakkan iklan Google Adsense di website/blog anda. Di setiap blog dan website saya, pasti saya akan meletakkan kod iklan Google Adsense ni. Tak rugi pun, bahkan boleh buat duit lagi. 

Apa itu Google Adsense

Google adsense adalah sebuah enjin pengiklanan google. Pasti anda pernah lihat ruangan iklan di website-website yang mana dibawahnya bertulis Ads by Google? Tahukah anda anda boleh menjana wang dengan meletakkan kod iklan di google di website atau blog anda?

Dengan hanya meletakkan iklan-iklan Google di laman web anda, anda pasti mendapat wang apabila pengunjung website anda klik pada iklan itu. Bukan itu sahaja, apabila anda turut meletakkan enjin pencari Google di laman web anda dan pelawat menggunakannya bagi mencari apa jua bentuk informasi dan apabila mereka klik pada iklan-iklan Google dalam web carian itu, anda turut mendapat wang.

Itulah kehebatan Google Adsense, kaedah mudah kepada pemilik laman web bagi mendapatkan pendapatan iklan daripada setiap muka laman web bagi mendaftarkan secara percuma di www.google.com/adsense. Cukup mudah, anda hanya perlu mengisi segala maklumat pada borang yang disediakan. Selang beberapa hari kemudian, permohonan anda diluluskan dan anda sudah boleh meletakkan iklan-iklan di website anda. Copy sahaja kod HTML yang diberikan dan tampalkan ke laman web anda. Menariknya, selepas itu anda tidak perlu mengambil tahu iklan itu kerana sebarang perubahan diuruskan sepenuhnya oleh pihak Google. Anda hanya boleh menukarkan corak iklan seperti pilihan warna bergantung pada cita rasa yang anda fikir mampu menawan pelawat laman web anda supaya klik pada iklan itu.

Setiap hari jika anda rasa perlu, lawat laman web www.google.com/adsense dan login masuk akaun anda. Lihat berapakah wang yang sudah ada dalam akaun anda. Bukan itu sahaja, anda juga dapat menganalisis dari manakah klik itu datang. Dari situ mungkin anda dapat merangka beberapa strategi bagi meningkatkan lagi pendapatan wang anda. Dan cek pasti dihantar ke alamat anda apabila wang sudah mencapai tahap minimum iaitu USD 100. Sebelum itu, google akann menghantar nombor kod untuk anda redeem cek anda.

Iklan-iklan Adsense ini mempunyai nilai-nilai tersendiri bergantung juga dengan isi kandungan laman web anda. Ada nilai satu klik anda hanya dapat USD 0.01 dan ada juga klik yg anda boleh dapat sehingga USD 5.00 dan keatas. Saya pun pernah mendapat USD 4.70 untuk satu klik. Berikut adalah senarai blog saya yang menjana nilai per klik yang tinggi.



Ini adalah kerana blog saya google meletakkan iklan dari syarikat minyak seperti Shell, Exon Mobil, Petronas dan juga iklan-iklan peralatan teknologi tinggi di blog saya. Pihak google mempunyai teknologi mreka tersendiri bagi membaca isi kandungan laman web anda. Ini bermakna, apabila laman web anda banyak berkisarkan internet bisnes, maka iklan-iklan yang diberikan oleh pihak google juga akan berkaitan dengan internet bisnes. Begitu juga dengan meletakkan enjin carian Google di laman web anda, Google hanya memberikan iklan-iklan yang relevan dengan apa yang dicari oleh pelawat laman web anda. Jika pelawat menaip berkaitan batu kristal contohnya, maka iklan yang disiarkan juga berkisarkan kereta.

Bagi yang punya laman web atau blog dan masih belum menampal kod iklan Google di website anda, anda boleh mula meletakkannya mulai dari hari ini. Kerana, mana tah ramai pelawat website anda berminat dengan iklan-iklan google ni..anda jugak yang untung'. Mungkin selepas ini saya akan menulis tentang "bagaimana nak setup akaun google adsense" dan "bagaimana nak tampal kod google adsense ni"...nantikan.

Bagi yang serius nak jana wang dengan Google Adsense ni, anda boleh dapatkan E-Book kat bawah ni.


Anda juga mungkin berminat dengan artikel-artikel berikut:

Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Di Google Adsense
Teknik Internet Marketing: Teknik SIG File – Part 1
Earn Money With Google Adwords
5 Sebab Anda Gagal Di Dalam Online Bisnes
Bagaimana Nak Tarik Trafik Ke Website Anda
14 Sebab Kenapa Orang Suka Kerja Kerajaan
Top 20 Site In Malaysia
Senarai Laman Web, Produk Pelaburan dan Syarikat Yang Di Haramkan Oleh Kerajaan Malaysia

5 comments:

WanYusnira said...

Kalau dah ada iklan nuffnang boleh letak google adsense sekali x?

FizwaN said...

Aii..yus, pekbr?kalau ade iklan nuffnang boleh je letak adsense sbb adsense bkn pengiklanan dari South East Asia..

WanYusnira said...

aii faizul.. masih ngn gemurni ke? hehe.. oo.. kalo gitu kne register la ngn adsense.. aritu takut2 nk register.. hehe.. ape lg peluang best leh tmbh duit poket ek?

FizwaN said...

aku dah resign la..buat freelance je skrg,aku tgh tulis ebook skrg..dah dkt nak siap pun ade 3 ebook..klu ko minat nti beli la k,hehehe...sure b'baloi2 kalau beli buku-2 aku nie, tiga2 ttg online business :-)

WanYusnira said...

o.. kirenye dah tinggalkan mamn & lwl la ye.. bgus2.. hehe.. ok.. nnt dh siap ebook tu gtau la.. kalo bminat aku beli.. hehe