Agama Islam kian tersebar luas ke seluruh dunia sejak wahyu pertama diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira', Arab Saudi pada tahun 610 Masihi. Biarpun pegangan agama berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah, namun akibat jauh dari zaman Rasulullah SAW, umat Islam kini kelihatan semakin berpecah atas fahaman dan mahzab berbeza, bagaikan satu pokok yang banyak dahannya. Mengapakah ini terjadi? Apakah yang kita cari di dalam beragama?
Sejarah Perpecahan Umat Islam
Keretakan umat Islam bermula sejak kewafatan Rasulullah SAW dengan tercetusnya isu kepimpinan di kalangan sahabat dan masyarakat Islam ketika itu. Namun, kemelut tersebut berakhir sebaik sahaja Saidina Abu Bakar as-Siddiq diangkat sebagai khalifah pertama dalam Khulafa al-Rasydin. Kemudian kepimpinan beralih ke tangan Saidina Umar al-Khattab dan diikuti oleh Saidina Uthman bin Affan.
Namun, perpecahan berlaku lagi dengan pembunuhan Saidina Uthman. Perang Siffin yang juga merupakan perang saudara telah memburukkan lagi keadaan. Ia melibatkan konflik antara Saidina Ali bin Abu Talib dengan Muawiyah bin Abu Sufian. Selepas itu terjadi pula Perang Jamal yang membabitkan Aisyah bin Abu Bakar, Thalhah dan Zubair yang menentang Saidina Ali.
Konflik yang berlaku tidak hanya mengeruhkan situasi politik ketika itu. Lebih menyedihkan apabila isu akidah turut mendapat tempat. Rentetan dari itu, lahirlah dua kelompok. Salah satunya penyokong Muawiyah. Manakala kelompok yang lagi satu adalah golongan fanatik terhadap Saidina Ali. Mereka kemudiannya di gelar Syiah.
Akibat tidak puas hati dengan perlantikan ketua negara Islam antara Saidina Ali dan Muawiyah (Tahkim), muncul pula kelompok Khawarij yang keluar daripada kumpulan. Selapas beberapa peringkat, anasir bukan Islam mula meresap ke dalam umat Islam. Golongan Syiah mula terbahagi dua iaitu yang berfahaman sederhana seperti golongan Imamiah dan golongan Syiah yang radikal. Di kalangan Khawarij pula, ada kelompok yang berfahaman sederhana seperti golongan Ibadhiah dan yang radikal seperti Azraqiah dan Ajaridah. Golongan Muktazilah, Jabariah dan Ahli Sunnah Wal Jamaah muncul pula pada zaman Abbasiyah. Ahli Sunnah wal Jamaah pula lahir dalam dua aliran iaitu Salaf dan Khalar. Sementara dalam Khalaf, lahir fahaman Asya'irah dan Maturidiah.
Perkembangan Mahzab
Terdapat empat mahzab yang diiktiraf oleh Ahli Sunnah wal Jamaah dan majoriti umat islam dunia yang lain. Mahzab-mahzab ini ialah Mahzab Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Ahmad Bin Hambal. Walaupu berlandaskan satu agama, mahzab-mahzab terbabit mengetengahkan beberapa pendapat dan pandangan yang berbeza berkaitan hukum dalam Islam.
Tidak dapat dinafikan bahawa ramai yang agak keliru tentang mahzab ini sehinggakan ada yang menganggapnya sebagai faktor kepada perpecahan umat Islam. Lebih dari itu, ada juga yang berpandangan bahawa pegangan mahzab adalah salah dan sesat kerana tidak berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Dan tidak kurang juga yang memandang serong terhadap golongan tidak bermazhab.
Untuk mengetahui tentang empat mahzab utama umat islam ini, sila baca Artikel bertajuk "4 Mahzab Utama Umat Islam".
Peta pecahan Mahzab umat Islam. Utk gmbr yg lebih besar dan jelas, dapatkan disini : http://en.wikipedia.org/wiki/File:Madhhab_Map2.png
Trivia Sejarah Islam

- Al-Quran - Wahyu pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira' pada 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos 610 Masihi. Pada zaman Khalifah Uthman bin Affan, al-Quran ditulis dalam bentuk teks.
- As-Sunnah - Berlandaskan perkataan, perbuatan, pengakuan, sifat akhlak (peribadi) dan sejarah hidup Rasulullah SAW.
- Zaman Rasulullah SAW - Baginda dilahirkan pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April 571M) dan wafat pada 632M.
- Zaman Khulafa' Ar-Rasyidin - Kepimpinan Rasulullah diteruskan oleh empat Khalifah iaitu Saidina Abu Bakar As-Siddiq (632M-634M), Saidina Umar Al-Khatab (634M-644M), Saidina Uthman bin Affan (644M-656M) dan Saidina Ali bin Abi Talib (656M-661M).
- Kerajaan Bani Umayyah (661M-750M)
- Kerajaan Bani Abbasiyyah (750M-1258M)
- Kerajaan Turki Uthmaniah (1258M-1924M)
No comments:
Post a Comment