Thursday, January 14, 2010

Jom Tengok Wayang - Adnan Sempit

Share




Mengisahkan Adnan, seorang mat rempit yang berusia lingkungan 27 tahun. Adnan atau lebih dikenali sebagai Nan Sempit di kalangan rakan-rakannya adalah seorang anak yatim piatu yang dibela serta dijaga oleh makciknya sejak kecil selepas kematian ayahnya. Namun dia berhijrah ke Kuala Lumpur kerana tidak mendapat kasih sayang dan layanan yang baik dari keluarga makciknya. Di ibu kota, Adnan tinggal bersama Macha, abang saudaranya dan menjadi tempat dia meluahkan rasa hati. Dia mula hidup di Kuala Lumpur dan bekerja sebagai mat despacth di sebuah syarikat swasta dan menyimpan perasaan pada bosnya,Nadia.
Nadia dilahirkan dalam keluarga mewah dan stabil dalam kerjayanya. Nadia sering ditemani pembantu peribadinya,Wawa. Wawa adalah teman wanita kepada Bobby dan juga menjadi sahabat pada Adnan.

Nadia pernah kecewa akibat putus cinta, menyebabkan Nadia susah dan takut untuk bercinta lagi. Sehinggalah pada suatu hari, rakan-rakannya merancang untuk membuat “reunion party”. Pada mulanya Nadia kurang bersetuju, tetapi Nadia disindir enggan pergi ke reunion tersebut kerana malu tiada teman lelaki. Nadia tercabar dan kebetulan Adnan lalu di hadapan mereka dengan tidak sengaja. Nadia terus menarik Adnan dan terus memperkenalkan Adnan adalah teman lelakinya. Adnan terkelu. Sejak peristiwa itu,pelbagai cerita yang berlaku antara mereka sehinggalah pada satu hari Nadia cedera akibat diserang sekumpulan remaja dan telah diselamatkan oleh Adnan. Nadia mula menyimpan perasaaan pada Adnan. Walaubagaimanapun Nadia tidak pernah mengabaikan kerjayanya sehinggalah Nadia telah mendapat tender kontrak besar dari Datuk Harun seorang usahawan yang berjaya dan telah bertemu dengan Jofri. Jofri adalah rakan Nadia ketika di kolej mempunyai agendanya tersendiri. Jofri menyimpan hasrat dendam pada Adnan untuk memiliki Nadia dan bersubahat dengan Zack bagi membantu rancangannya memisahkan Adnan dan Nadia selain ingin mendapat tender Datuk Harun.


Namun, Nadia dan Adnan semakin mesra, Nadia berjinak-jinak dengan dunia Adnan sebagai seorang mat rempit dengan niat untuk mengenali Adnan dengan lebih mendalam. Nadia sangat teruja. sehinggalah satu kejadian berlaku di mana Zack telah cuba mengambil kesempatan pada Nadia dan Adnan menyerang sehingga menyebabkan pergaduhan besar. Nadia mula merasa tidak selesa serta memarahi Adnan dan semenjak kejadian itu Nadia mula rasa benci pada Adnan walaupun Adnan cuba memujuk. Nadia mengambil keputusan untuk memecat Adnan selain memaki dan menghina Adnan. Jofri mengambil kesempatan itu untuk menenang dan menceriakan Nadia dengan harapan Nadia jatuh ke tangannya. Namun,segalanya terbongkar apabila Adnan mengetahui Jofri dan Zack bersubahat merancang segalanya selepas Jofri mengupah Zack merompak bag laptop yang mengandungi pelbagai proposal dan dokumen penting untuk tender Datuk Harun. Nadia menyesal mengenali Jofri. Nadia cuba memandang Adnan tetapi Adnan tidak mengendahkannya dan berlalu pergi.


p/s : Malam ni dah beli tiket nak tengok cite Adnan Sempit ni, nti lps abis tengok baru leh komen kat sini...tunggu :-D


Sementara tu, jemput lawat online store sy disini:
http://www.ixorabalqish.com/


Anda juga mungkin berminat dengan topik-topik berikut:


Menjana Wang Di Internet Dengan Program Reseller
Teknik Internet Marketing: Teknik SIG File – Part 1
Menjana Wang Di Internet Dengan Google Adsense
Earn Money With Google Adwords
Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Di Google Adsense
5 Sebab Anda Gagal Di Dalam Online Bisnes
Bagaimana Nak Tarik Trafik Ke Website Anda
14 Sebab Kenapa Orang Suka Kerja Kerajaan
Top 20 Site In Malaysia
Senarai Laman Web, Produk Pelaburan dan Syarikat Yang Di Haramkan Oleh Kerajaan Malaysia
Kenapa Allah Wujudkan Keperitan dan Penderitaan?
Jawapan Di Sebalik Penampar
Cahaya Ayat Kursi
Adakah Ada Orang Yang Akan Mendoakan Kita?
Solat Subuh Di Masjid
Keagungan Tuhan
Bersyukurlah Kerana Anda Seorang Wanita
Semoga Jadi Iktibar
Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Degil
Kisah Penuh Pedoman
76 Petua Ilmiah Menawan Hati Wanita - Part 1
76 Petua Ilmiah Menawan Hati Wanita - Part 2
Cinta dan Perkahwinan
Senarai Kebaikan dan Keburukan
Bersyukurlah Kerana Anda Seorang Wanita
Erti Sebuah Persahabatan
Love Does Need A Reason
Misteri Dan Hebatnya Makna Cinta
Most Important Part Of The Body
Check Your Love Attitude
Fakta-Fakta Menarik
What Sort Of Bird Are You?
How To Ask Your Boss For A Salary Increase?
Kenapa Aku Pecat Secretaryku?
Jom Tengok Wayang - Adnan Sempit
Komen Selepas Menonton Adnan Sempit
Punca Stereng Kereta Menjadi Berat
Cara Mencuci Badan dan Enjin Kereta Dengan Betul
Punca Penggunaan Minyak Petrol Bertambah

3 comments:

Airis Arissa said...

wah!. best! best citer pasal "boss" kita ni :)

FizwaN said...

hahaha...mlm ni lps aku lyn cite "adnan" (hahaha) sempit tu aku kasik komen kat sini :-D..mmm..esah,nasib baik "adnan" kita tu x sempit..hahaha

Anonymous said...

ceh, diam2 dh p tgk...:)