Showing posts with label Cinta Dan Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Cinta Dan Perkahwinan. Show all posts

Saturday, November 13, 2010

Renungan : Permata Yang Di Cari

Share
Sedang mencari-cari lagu2 & video klip terbaru di You Tube, terjumpalah akan lagu ini..tak tau lagu ni lagu tahun bila tp liriknya cukup indah dan amat bersesuaian sekali. "Permata Yang Dicari".. dapatkah kutemui permata itu yg sehingga ke saat ini masih belum kutemui? Persoalan pada diri sendiri...sama-sama kita dengar & hayati lirik lagu ini k..antara lirik yg terkandung : 

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki



Lirik lagu Permata Yang Di Cari nyanyian Dehearty

Tuesday, February 2, 2010

Epilog Sebuah Kehidupan...

Share
Epilog Sebuah Kehidupan...

Jangan tertarik kepada seseorang kerana rupa parasnya, sebab rupa paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari- hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu bertemu dengan orang seperti itu.
  • Ada saat-saat dalam hidup ketika kamu sangat merindukan seseorang sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga kamu bermimpikan orang seperti itu.
  • Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat yang kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

Tuesday, January 19, 2010

Cinta dan Perkahwinan

Share
Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang Guru Falsafah dan pelajarnya...

Pelajar: Guru, apakah erti cinta..? Bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?

Guru: Ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. Berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.

Pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.

Guru bertanya: Mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?

Pelajar menjawab: Saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. Sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.

Gurunya menjawab: Ya, itu lah cinta...

Dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada Gurunya, apa itu perkahwinan...?

Guru: Ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. Tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik, segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.

Pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan Guru tersebut.

Maka Gurunya pun bertanya: Mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?

Pelajar itu menjawab: Sebab, berdasarkan pengalaman saya sebelum ini, saya hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan saya takut akan kembali dengan tangan kosong. Jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. Pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...

Maka guru itu menjawab: Itulah perkahwinan.......
.
.
.
.
.
.
.

Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat..

Lepas tu, cepat-cepat kumpul duit kahwin dan langsungkan perkahwinan..
Kalau tak cukup duit nak buat kahwin, jangan risau..klik kat bawah nie :-)






Anda juga mungkin berminat dengan topik-topik berikut:

Related Topic:
76 Petua Ilmiah Menawan Hati Wanita - Part 1
76 Petua Ilmiah Menawan Hati Wanita - Part 2
Senarai Kebaikan dan Keburukan
Bersyukurlah Kerana Anda Seorang Wanita
Erti Sebuah Persahabatan
Love Does Need A Reason
Misteri Dan Hebatnya Makna Cinta
Most Important Part Of The Body
Check Your Love Attitude

Other Topics:
Menjana Wang Di Internet Dengan Program Reseller
Teknik Internet Marketing: Teknik SIG File – Part 1
Menjana Wang Di Internet Dengan Google Adsense
Earn Money With Google Adwords
Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Di Google Adsense
5 Sebab Anda Gagal Di Dalam Online Bisnes
Bagaimana Nak Tarik Trafik Ke Website Anda
14 Sebab Kenapa Orang Suka Kerja Kerajaan
Top 20 Site In Malaysia
Senarai Laman Web, Produk Pelaburan dan Syarikat Yang Di Haramkan Oleh Kerajaan Malaysia
Kenapa Allah Wujudkan Keperitan dan Penderitaan?
Jawapan Di Sebalik Penampar
Cahaya Ayat Kursi
Adakah Ada Orang Yang Akan Mendoakan Kita?
Solat Subuh Di Masjid
Keagungan Tuhan
Bersyukurlah Kerana Anda Seorang Wanita
Semoga Jadi Iktibar
Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Degil
Kisah Penuh Pedoman
Fakta-Fakta Menarik
What Sort Of Bird Are You?
How To Ask Your Boss For A Salary Increase?
Kenapa Aku Pecat Secretaryku?
Jom Tengok Wayang - Adnan Sempit
Komen Selepas Menonton Adnan Sempit
Punca Stereng Kereta Menjadi Berat
Cara Mencuci Badan dan Enjin Kereta Dengan Betul
Punca Penggunaan Minyak Petrol Bertambah