Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts

Saturday, November 13, 2010

Renungan : Permata Yang Di Cari

Share
Sedang mencari-cari lagu2 & video klip terbaru di You Tube, terjumpalah akan lagu ini..tak tau lagu ni lagu tahun bila tp liriknya cukup indah dan amat bersesuaian sekali. "Permata Yang Dicari".. dapatkah kutemui permata itu yg sehingga ke saat ini masih belum kutemui? Persoalan pada diri sendiri...sama-sama kita dengar & hayati lirik lagu ini k..antara lirik yg terkandung : 

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu

Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki



Lirik lagu Permata Yang Di Cari nyanyian Dehearty

Tuesday, April 6, 2010

KEKOSONGAN JAWATAN - SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN

Share
PENGUMUMAN - JAWATAN KOSONG

Terdapat 3 Jawatan Kosong Untuk Anda Isi Dan Pilih

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):


1. Nikmat kubur.

2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:


Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.


LOKASI TEMUDUGA:

Di dalam kubur (alam barzakh).

Wednesday, March 10, 2010

Hikayat Sang Kancil - Terbitan Filem Negara Malaysia

Share
Animasi terbitan Filem Negara Malaysia

Bagi yang membesar pada hujung tahun 80-an dan di awal tahun 90-an, animasi Hikayat Sang Kancil nie pasti menggamit nostalgia lama kan?hehehe...disiarkan setiap pagi di TV Pendidikan..ade 3 koleksi Hikayat Sang Kancil / animasi Filem Negara Malaysia kat sini iaitu Hikayat Sang Kancil & Monyet, Hikayat Sang Kancil, Buaya dan Kerbau & Hikayat Sang Kancil - Arnab Yang Sombong. Filem animasi pendek yang mengandungi nasihat dan pengajaran. Jom tonton animasi awal tahun 90-an. Hehehe...

Sunday, March 7, 2010

Rahsia Jari Yang Lima

Share
Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Saturday, March 6, 2010

4 Mazhab Utama Umat Islam

Share
Sambungan drpd artikel bertajuk " Fahaman Islam - Mengapa Kita Berbeza?? "


1. Mazhab Syafie


Mazhab Syafie diasaskan oleh Al-Imam Abu Abdullah, Muhammad bin Idris al-Quraisyi al-Hasyimi al-Muttalibi bin al-Abbas bin Othman bin Syafie, (Rahimahullah) bercantum nasabnya dengan Rasulullah SAW pada datuknya Abdul Manaf. Beliau dilahirkan di Ghazzah Palestin pada 150H. Tidak lama selepas kematian ayahnya, ibunya telah membawanya ke Makkah sebelum pulang ke kampun halaman.

Imam Syafie telah menghafaz al-Quran sejak kecil lagi. Beliau pernah tinggal bersama kabilah Hudhail di al-Badiyah. Kabilah ini sememangnya terkenal dengan kefasihannya berbahasa arab. Imam Syafie banyak belajar dan menghafal syair mereka. Beliau merupakan tokoh bahasa dan sastera Arab.

Fahaman Islam - Mengapa Kita Berbeza??

Share
Agama Islam kian tersebar luas ke seluruh dunia sejak wahyu pertama diturunkan Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW di Gua Hira', Arab Saudi pada tahun 610 Masihi. Biarpun pegangan agama berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah, namun akibat jauh dari zaman Rasulullah SAW, umat Islam kini kelihatan semakin berpecah atas fahaman dan mahzab berbeza, bagaikan satu pokok yang banyak dahannya. Mengapakah ini terjadi? Apakah yang kita cari di dalam beragama?


Sejarah Perpecahan Umat Islam


Keretakan umat Islam bermula sejak kewafatan Rasulullah SAW dengan tercetusnya isu kepimpinan di kalangan sahabat dan masyarakat Islam ketika itu. Namun, kemelut tersebut berakhir sebaik sahaja Saidina Abu Bakar as-Siddiq diangkat sebagai khalifah pertama dalam Khulafa al-Rasydin. Kemudian kepimpinan beralih ke tangan Saidina Umar al-Khattab dan diikuti oleh Saidina Uthman bin Affan.

Tuesday, February 2, 2010

Epilog Sebuah Kehidupan...

Share
Epilog Sebuah Kehidupan...

Jangan tertarik kepada seseorang kerana rupa parasnya, sebab rupa paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat musnah. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyuman yang dapat membuat hari- hari yang gelap menjadi cerah. Semoga kamu bertemu dengan orang seperti itu.
  • Ada saat-saat dalam hidup ketika kamu sangat merindukan seseorang sehingga ingin hati menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata. Semoga kamu bermimpikan orang seperti itu.
  • Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat yang kamu ingin pergi. Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.

Saturday, January 30, 2010

Professor dan Pendayung Sampan

Share
Cite tentang Professor & Pendayung Sampan ni mmg lama dah glamer tp saje je nak letak kat blog nie sbb moral di sebalik kisah ni cukup menarik untuk di kongsikan bersama. Mungkin ade juga yang belum pernah membaca kisah nie. Renung-renungkan dan selamat beramal...hehehe


Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan. Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia berkata di dalam hati, "Hmm. Hari nak hujan."

"OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat" kata Professor itu. Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah pantai. Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu menegur pendayung sampan.

"Kamu dah lama kerja mendayung sampan?" Tanya Professor itu.

Thursday, January 28, 2010

Tips Agar Persahabatan Terjalin Selamanya

Share
Dalam hidup ini, mesti kita ade sahabat baik kan? Sahabat yang sentiasa ada dikala senang dan susah. Tp, ade juga terjadi sesuatu perkara/kejadian/tindakan yg menyebabkan ikatan persahabatan tu terputus di tengah jalan dan kita kehilangan sahabat baik kita mungkin sampai bila-bila. Mungkin tips-tips kat bawah nie boleh membantu agar ikatan persahabatan anda terjalin selamanya.
  1. Ketahanan bergurau senda, adat bergurau terlebih usik. Pastikan kita & sahabat saling boleh menerima gurauan oleh itu berfikir dahulu sebelum ianya berlaku.

  2. Jgn terlalu celupar atau mengkritik, kita sendiri tidak semestinya bagus dan betul.

Monday, January 25, 2010

The True Love : Cinta Yg Sebenar-Benar Cinta

Share
Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Di pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah, "Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taati dan bertakwalah kepada-Nya. Kuwariskan dua perkara pada kalian, Al Qur'an dan Sunnahku. Barang siapa mencintai Sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku."


Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. "Rasulullah akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu. Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya. Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam.

"Bolehkah saya masuk?" tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,

"Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut. Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikul maut," kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku:

"Kuharamkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat
Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.

"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini
kepadaku, jangan pada umatku." Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis
mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" - "Umatku, umatku, umatku" Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita. Semoga timbul kesedaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan Rasulnya mencintai kita. Kerana sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin.. "


Saturday, January 23, 2010

Adakah Ada Orang Yang Akan Mendoakan Kita??

Share

Pernahkah kita terfikir, sepanjang hidup ini..."Adakah ada orang yang akan mendoakan kita?" Bila kita dah mati nanti, siapakah yang akan terus setia mendoakan kita? Adakah kekasih yang amat kita cintai sekarang ni akan terus mendoakan kita atau hanya pada minggu atau bulan pertama kematian kita sahaja? Atau adakah ibubapa, adik-beradik atau anak-anak akan terus mendoakan kita? Bacalah kisah di bawah ni sampai habis, pastinya akan membuatkan kita terfikir, insaf dan bermuhasabah diri. Semoga kita bukanlah tergolong di kalangan orang yang rugi. InsyaAlllah.

Seorang pengarah yang berjaya dalam hidupnya jatuh di kamar mandi dan akhirnya stroke. Sudah 7 malam dirawat di RS di ruang ICU. Di saat orang-orang terlelap dalam mimpi malam, dalam dunia roh seorang malaikat menghampiri si pengarah yang terbaring tak berdaya
 

Solat Subuh Di Masjid

Share
Solat Subuh adalah solat yang paling berat untuk dilakukan dan pastinya ramai yang akan terlajak. Ada yg tiap-tiap hari "Subuh Gajah" je dan ade yang langsung terbabas. Kat sini saya ada satu kisah untuk dikongsikan bersama. Moga memberikan pedoman pada kita semua.

Seorang lelaki bangun pagi-pagi buta utk solat subuh di Masjid. Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid . Ditengah jalan menuju masjid, lelaki tersebut ter jatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan LAGI berjalan menuju masj id .

Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia terjatuh lagi di tempat yg sama!!! Dia sekali lagi, bangkit..membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia SEKALI LAGI, berganti baju, berwudhu dan berjalan menuju masj id .

Wednesday, January 20, 2010

Bersyukurlah Kerana Anda Seorang Wanita

Share
Bersyukurlah Kerana Anda Seorang Wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin,maka Allah mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

Tuesday, January 12, 2010

Kisah Teladan : Kenapa Aku Pecat Secretaryku..

Share
Sebuah kisah yang patut diambil teladan agar tidak terjadi pada diri sendiri especially pada lelaki-lelaki di luar sana. Semoga menjadi iktibar (",)....


Alkisahnya...


Dua minggu yang lalu merupakan ulang tahunku yang ke-35 dan mood-ku tidak terlalu baik pada pagi itu. Aku turun untuk sarapan dengan harapan isteriku akan mengucapkan dengan penuh sukacita.. "Selamat Ulang Tahun suamiku tersayang"

Waktu berlalu dan bahkan dia tidak mengucapkan selamat pagi. Aku berpikir, ya, itulah isteri, tapi mungkin anak-anakku akan ingat kalau hari ini aku berulang tahun. Anak-anak datang ke meja makan untuk sarapan namun mereka juga tidak mengatakan satu patah katapun. Akhirnya aku berangkat ke bilik tidur dengan perasaan penuh kecewa dan sedih.


Di pejabat, ketika aku masuk ke pejabat, sekertariku, Janet, menyapaku "Selamat pagi Boss, Selamat Ulang Tahun"

Dan akhirnya aku merasa sedikit terubat mengetahui ada seseorang yang mengingat hari ulang tahunku. Aku bekerja sampai tengah hari dan kemudian Janet mengetuk pintu bilikku dan berkata, Apakah tuan tidak menyedari bahwa hari ini begitu cerah di luar dan hari ini adalah hari ulang tahun tuan, mari kita pergi lunch, hanya kita berdua.

Thursday, October 22, 2009

Kisah Penuh Pedoman

Share
Kisah-1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat Keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi Suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh,
Set Sofa) serta teratur Dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan
Sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan Bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan..
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di Nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya Ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan Dia yang patut di contohi;

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang Kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang Dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik Dan jarang kena sebarang Penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.



Kisah-2

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan Nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada Hari Ahad itu saya sampai Di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur . Rashid Berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru..

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan Abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang Abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk Temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid Sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan Hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya Tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini Ada kaitan dengan Tiada keberkatan hidup.

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah Ialah seperti berikut;

1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit,
Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta
baru (Masalah kena curi dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika Ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah Mata sahaja..

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling kita. Kadang kala kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung Untuk mencari keberkatan hidup.

Kisah 3

Saya hanya nak sampaikan sebuah cerita yang saya dapat, yang membuatkan hati saya amat tersentuh. Cerita ini saya dapati selepas menghadiri sebuah usrah umum di tempat saya baru-baru ini. Ustazah yang menceritakan ini sekarang mengajar di KISAS.

Ceritanya begini...

Suatu hari, seorang ustazah travel, Dia singgah di rumah seorang sahabatnya yang mana pasangan suami isteri tersebut adalah guru biasa. Sisuami seorang guru penolong kanan. Beliau tiba di rumah sahabatnya ini sekitar tengahari tapi belum zohor. Kedua-dua suami isteri ini masih di sekolah. Walau bagaimanapun beberapa orang dari 8 orang anak mereka yang ke semuanya lelaki yang mana yang paling tua dalam tingkatan satu & yang paling muda masih bayi sudah pun pulang dari sekolah. Waktu zohor masuk, abang yang tua mengajak semua adik-adiknya yang baru pulang untuk solat berjemaah dengan dia sendiri sebagai imam.

Sewaktu dalam rakaat kedua, salah seorang adiknya yang berumur lingkungan 8 tahun pulang. Tanpa bertangguh tatkala melihat jemaah yang sedang solat, dia mengambil wudhu' dan solat bersama jemaah, ia ikut ruku' apabila imam ruku'.. Dia ikut sujud apabila imam sujud. Dan selesai imam memberi salam,dia bangun menyelesaikan satu rakaat solatnya yang tertinggal. Subhanallah. .. adik yang berumur 8 tahun ini sudah pandai masbuk... ustazah yang melihat terkejut dan kami yang mendengar mengucap memuji ALLAH. Bayangkan betapa taatnya anak-anak yang masih kecil ini menunaikan perintah ALLAH tanpa pengawasan kedua orang tua mereka atau mana-mana orang dewasa dan tanpa disuruh-suruh. Cerita tak berakhir di situ.

Ustazah bermalam di rumah sahabatnya itu. Apabila subuh, ustazah menyangka dialah yang paling awal bangun kerana dia bangun selesai sahaja azan subuh berkumandang kalau saya tak lupa. Takjubnya dia apabila ke bilik air dilihatnya anak-anak kecil sedang sibuk ambil wudhu'. Bayangkan 7 orang budak lelaki dengan yang paling tua berumur 13 tahun dan yang ke tujuh ntah berapa tahun sibuk mengambil wudhu' di bilik air di waktu subuh paling awal. Si ayah menunggu anak-anaknya di tikar sembahyang dengan sabar sambil berzikir.

Mereka solat jemaah sekeluarga (termasuk ustazah). Sewaktu hendak mula solat,si ibu meletakkan anak bongsunya yang masih bayi (yang sedang jaga) di sisinya. Ajaibnya anak ini tidak menangis mengganggu jemaah sepanjang mereka solat. Dan sekali lagi cerita tak berakhir di situ.

Ustazah tersebut ingatkan hendak sambung tidur kerana penat travel semalamnya tak surut lagi. Alangkah terkejutnya dia apabila hendak melipat sejadah, si ayah berpusing menghadap jemaah sambil berkata, "Anak-anak.. . hari ni ayah nak beri kuliah mengenai solat dan puasa... ". Dan 8 orang anak termasuk si ibu dengan tekun mendengar kuliah subuh yang disampaikan.

Subhanallah. ... bila ditanya kepada si ibu mengapa didikan sedemikian diberi kepada anak-anaknya? Dia menjawab bahawa itu persediaan dia dan suaminya sebelum mati. Mereka berharap agar anak-anak lelakinya yang 8 orang itu dapat membacakan sekurang-kurangnya fatihah untuk mereka jika ditakdirkan mereka pergi dulu.. Lagipun anak-anak mereka semuanya lelaki....Pasangan suami isteri ini tak sanggup melihat anak-anak mereka terabai tanpa pedoman... cuba kita tanya diri kita sendiri...

-Berapa ramai keluarga Islam hari ini yang dapat mengamalkan solat jemaah dalam keluarga ???
-Berapa ramai anak-anak Islam berumur 8 tahun yang pandai solat masbuk???
-Berapa ramai anak-anak berumur 13 tahun yang pandai mengimami solat memimpin adik-adik mereka ???
-Berapa ramai ibubapa yang berjaya mendidik anak-anak mereka sedemikian rupa yang taat melaksanakan perintah ALLAH tanpa suruhan dan pengawasan mereka yang lebih dewasa ???


Feel free to visit us at:
http://www.ixorabalqish.com/

Anda juga mungkin berminat dengan topik-topik berikut:

Menjana Wang Di Internet Dengan Program Reseller
Teknik Internet Marketing: Teknik SIG File – Part 1
Menjana Wang Di Internet Dengan Google Adsense
Earn Money With Google Adwords
Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Di Google Adsense
5 Sebab Anda Gagal Di Dalam Online Bisnes
Bagaimana Nak Tarik Trafik Ke Website Anda
14 Sebab Kenapa Orang Suka Kerja Kerajaan
Top 20 Site In Malaysia
Senarai Laman Web, Produk Pelaburan dan Syarikat Yang Di Haramkan Oleh Kerajaan Malaysia
Kenapa Allah Wujudkan Keperitan dan Penderitaan?
Jawapan Di Sebalik Penampar
Cahaya Ayat Kursi
Adakah Ada Orang Yang Akan Mendoakan Kita?
Solat Subuh Di Masjid
Keagungan Tuhan
Bersyukurlah Kerana Anda Seorang Wanita
Semoga Jadi Iktibar
Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Degil
Kisah Penuh Pedoman
76 Petua Ilmiah Menawan Hati Wanita - Part 1
76 Petua Ilmiah Menawan Hati Wanita - Part 2
Cinta dan Perkahwinan
Senarai Kebaikan dan Keburukan
Bersyukurlah Kerana Anda Seorang Wanita
Erti Sebuah Persahabatan
Love Does Need A Reason
Misteri Dan Hebatnya Makna Cinta
Most Important Part Of The Body
Check Your Love Attitude
Fakta-Fakta Menarik
What Sort Of Bird Are You?
How To Ask Your Boss For A Salary Increase?
Kenapa Aku Pecat Secretaryku?
Jom Tengok Wayang - Adnan Sempit
Komen Selepas Menonton Adnan Sempit
Punca Stereng Kereta Menjadi Berat
Cara Mencuci Badan dan Enjin Kereta Dengan Betul
Punca Penggunaan Minyak Petrol Bertambah

Surat Dari Anak Mak Yg Dah Tak Degil

Share
Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa..... dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ......
kengkadang siaran indonesia ...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke
kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..

ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..

tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....


Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....


Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....


Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08/2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....

Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan
separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...

di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya..
......
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....

Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."

Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....

Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...

kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .

Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....


Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah
perkuburan.. ..
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa
kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...

semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri
tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."

Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...

menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar
mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..

sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... s
sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak Yang Dah Tak Degil


Anda juga mungkin berminat dengan topik-topik berikut:

Menjana Wang Di Internet Dengan Program Reseller
Teknik Internet Marketing: Teknik SIG File – Part 1
Menjana Wang Di Internet Dengan Google Adsense
Earn Money With Google Adwords
Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Di Google Adsense
5 Sebab Anda Gagal Di Dalam Online Bisnes
Bagaimana Nak Tarik Trafik Ke Website Anda
14 Sebab Kenapa Orang Suka Kerja Kerajaan
Top 20 Site In Malaysia
Senarai Laman Web, Produk Pelaburan dan Syarikat Yang Di Haramkan Oleh Kerajaan Malaysia
Kenapa Allah Wujudkan Keperitan dan Penderitaan?
Jawapan Di Sebalik Penampar
Cahaya Ayat Kursi
Adakah Ada Orang Yang Akan Mendoakan Kita?
Solat Subuh Di Masjid
Keagungan Tuhan
Bersyukurlah Kerana Anda Seorang Wanita
Semoga Jadi Iktibar
Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Degil
Kisah Penuh Pedoman
76 Petua Ilmiah Menawan Hati Wanita - Part 1
76 Petua Ilmiah Menawan Hati Wanita - Part 2
Cinta dan Perkahwinan
Senarai Kebaikan dan Keburukan
Bersyukurlah Kerana Anda Seorang Wanita
Erti Sebuah Persahabatan
Love Does Need A Reason
Misteri Dan Hebatnya Makna Cinta
Most Important Part Of The Body
Check Your Love Attitude
Fakta-Fakta Menarik
What Sort Of Bird Are You?
How To Ask Your Boss For A Salary Increase?
Kenapa Aku Pecat Secretaryku?
Jom Tengok Wayang - Adnan Sempit
Komen Selepas Menonton Adnan Sempit
Punca Stereng Kereta Menjadi Berat
Cara Mencuci Badan dan Enjin Kereta Dengan Betul
Punca Penggunaan Minyak Petrol Bertambah

Thursday, October 15, 2009

Semoga Jadi Iktibar

Share
Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:

Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"

Dia terkejut dan wajahnya berubah.
"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya
"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"
" Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......."

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu. Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut:

i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

Feel free to visit at:
http://www.ixorabalqish.com/



Anda juga mungkin berminat dengan topik-topik berikut:

Related Topics:
Kenapa Allah Wujudkan Keperitan dan Penderitaan?
Jawapan Di Sebalik Penampar
Cahaya Ayat Kursi
Adakah Ada Orang Yang Akan Mendoakan Kita?
Solat Subuh Di Masjid
Keagungan Tuhan
Bersyukurlah Kerana Anda Seorang Wanita

Other Topics:
Menjana Wang Di Internet Dengan Program Reseller
Teknik Internet Marketing: Teknik SIG File – Part 1
Menjana Wang Di Internet Dengan Google Adsense
Earn Money With Google Adwords
Perkara Yang Tidak Boleh Dilakukan Di Google Adsense
5 Sebab Anda Gagal Di Dalam Online Bisnes
Bagaimana Nak Tarik Trafik Ke Website Anda
14 Sebab Kenapa Orang Suka Kerja Kerajaan
Top 20 Site In Malaysia
Senarai Laman Web, Produk Pelaburan dan Syarikat Yang Di Haramkan Oleh Kerajaan Malaysia
Surat Dari Anak Mak Yang Dah Tak Degil
Kisah Penuh Pedoman
76 Petua Ilmiah Menawan Hati Wanita - Part 1
76 Petua Ilmiah Menawan Hati Wanita - Part 2
Cinta dan Perkahwinan
Senarai Kebaikan dan Keburukan
Bersyukurlah Kerana Anda Seorang Wanita
Erti Sebuah Persahabatan
Love Does Need A Reason
Misteri Dan Hebatnya Makna Cinta
Most Important Part Of The Body
Check Your Love Attitude
Fakta-Fakta Menarik
What Sort Of Bird Are You?
How To Ask Your Boss For A Salary Increase?
Kenapa Aku Pecat Secretaryku?
Jom Tengok Wayang - Adnan Sempit
Komen Selepas Menonton Adnan Sempit
Punca Stereng Kereta Menjadi Berat
Cara Mencuci Badan dan Enjin Kereta Dengan Betul
Punca Penggunaan Minyak Petrol Bertambah

Thursday, October 8, 2009

Senarai Kekurangan dan Keburukan

Share
Seorang lelaki dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah dan meriah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh memberi kesan di hati. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling mencintai dan sepadan

Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya " Abang, saya baru membaca sebuah artikel dlm majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita" katanya manja sambil menunjukkan majalah tersebut. " Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinankita bersama lebih bahagia...."

Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatatkan hal-hal yang kurang baik sebab hal tersebut untukkebaikan bersama mereka. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatatkan apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.

Besok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. " Saya akan mulakan dulu ya". Kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya. Sekitar 3 mukasurat. Ketika isteri mulai membaca satu persatu hal yang tidak dia sukai dari suaminya, ia memperhatikan bahawa airmata suaminya mulai mengalir...."Maafkan saya bang, apakah saya harus berhenti?"..tanyanya. "Oh...tak apa, teruskanlah sayang..." jawab suaminya.

Dan si isteri terus membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipatkan kertasnya dengan senyuman manis di atas meja dan berkata dengan bahagia. Sekarang, giliran abang membacakan senarai yang abg tulis"...Dengan perlahan suaminya berkata "Abang tidak mencatatkan sesuatupun di atas kertas ini. Abang berfikir bahawa dirimu sudah sempurna dan abang sekali-kali tidak ingin mengubah akan dirimu. Abang menyayangimu dan menyintaimu kerana dirimu seadanya kamu. Awak terlalu cantik dan baik bagi abang. Tidak satupun dari peribadimu yang tidak menyenangkanku sayang...."

Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya. Bahawa suaminya menerimanya apa adanya...ia menunduk dan menangis.

Dalam hidup ini, banyak kali kita merasa dikecewakan, tekanan dan sakit hati. Sesungguhnya tak perlu menghabiskan waktu memikirkan hal-hal tersebut. Hidup ini penuh dengan keindahan, kegembiraan dan pengharapan. Mengapa harus menghabiskan waktu memikirkan perkara yang buruk, mengecewakan dan menyakitkan hati jika kita boleh menemukan banyak hal-hal yang indah, yang baik dan boleh kita terima di sekeliling kita? Kita akan menjadi orang yang berbahagia jika kita mampu melihat dan bersyukur untuk hal-hal yang baik dan melupakan yang buruk.


Feel free to visit us at:


Anda juga mungkin berminat dengan topik-topik berikut:

Related Topics:


Other Topics: